• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bolt Lebih Sesuai Beraksi Di Posisi Pertahanan’ – Vicente

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Bekas pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque merasakan Usain Bolt akan menjadi ‘pemain bola sepak yang amat bagus’ tetapi beliau percaya legenda pecut Olimpik itu lebih sesuai beraksi di posisi pertahanan.

Bolt, 32, membuat kemunculan buat kelab A-League Australia, Central Coast Mariners pada 31 Ogos lalu sebagai pemain sayap.

Bagaimanapun, Del Bosque yang memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara dan La Liga bersama Real Madrid sebelum membimbing Sepanyol, berkata kualiti dimiliki Bolt lebih sesuai di bahagian pertahanan.

“Dengan mengawal ruang yang kosong, dia akan menjadi pemain bola sepak yang amat bagus,” kata Del Bosque. “Dia pastinya akan lebih serasi dengan pasukan yang sering melakukan serangan kilat dan gemar melorongkan bola segera ke kawasan kosong.

“Dia boleh menjadi pertahanan tepi yang mengawasi semua ruang kosong, tetapi ia bergantung kepada situasi kerana menjadi pertahanan bukan saja mengenai soal anda mengawasi keseluruhan padang.

“Untuk melakukannya ia memerlukan banyak stamina yang mana saya pun tidak pasti sama dia mempunyainya atau tidak, walaupun dia mungkin sudah mempersiapkan diri untuknya.

“Tanpa ragu-ragu menjadi pertahanan yang kedudukannya paling hampir dengan sorakan penyokong dan dekat dengan garisan tepi, itulah menjadi posisi paling sesuai dengannya.”

Del Bosque tanpa ragu-ragu turut percaya Bolt mempunyai sikap yang betul untuk berjaya di Central Coast Mariners selepas menonton kelibat sulungnya menerusi video.

“Saya melihat seorang pemain yang optimistik,” kata jurulatih yang sudah bersara itu. “Seseorang yang akan digemari, dan yang sering mengukir senyuman seperti kanak-kanak sedang bermimpi.” – AGENSI

Tags: bolasepakUsain Bolt
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 15 Tahun Ini Bakal Jadi ‘Usain Bolt’ Malaysia?

23/04/2019
0

LARIAN seorang pelajar yang menyertai acara 100 meter di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat para...

Serap Semangat Skuad B-23

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kejayaan skuad bawah (B-23) tahun negara yang berjaya menamatkan badi gagal menundukkan Korea Selatan selama 44 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd