• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BMW Serah 20 Kereta Kepada TNB Untuk CEPSI

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – BMW Malaysia menyerahkan 20 kereta model BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk digunakan pada Persidangan Industri Bekalan Elektrik (CEPSI 2018) minggu depan.

Rangkaian kenderaan berkenaan akan digunakan sebagai kereta rasmi di lokasi persidangan berkenaan berlangsung iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 17 hingga 22 September depan.

Penyerahan adalah susulan pelantikan BMW Malaysia sebagai Rakan e-Mobiliti Rasmi acara berkenaan.

Ia diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif BMW Malaysia, Harald Hoelzl kepada Ketua Korporat TNB yang juga Setiausaha Agung Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP), Datuk Wira Roslan Ab Rahman di ibu pejabat TNB di Bangsar, hari ini.

Mengulas mengenai kerjasama berkenaan, Hoelzl berkata ia melambangkan hasrat pihaknya untuk menjadi rakan utama dalam memperbaharui industri Mobiliti Electro tempatan dan mencapai cita-cita negara ini dalam Pembangunan Mapan.

“Kami berharap dapat bertukar kepakaran dan pandangan dengan peneraju industri di samping menambah pengetahuan daripada ramai ketua pemikir di CEPSI 2018 bagi membentuk Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata kereta yang ditaja BMW itu akan diguna untuk pergerakan jemputan penting dan Ahli Lembaga AESIEAP sepanjang persidangan lima hari itu berlangsung.

“Kerjasama mobiliti elektronik ini adalah yang pertama seumpamanya bagi CEPSI sejak pelaksanaannya pada 1976 di Hong Kong.

“Malah tempohnya juga bertepatan kerana kenderaan elektrik kini sedang menjaga revolusi di dalam sektor pengangkutan di seluruh negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hoelzl berkata pihaknya juga akan berkongsi pandangan mengenai masa depan mobiliti menerusi Ketua Pengurusan Produk BMW i, Dr Alexander Kotouc yang akan menjadi penyampai ucaptama pada acara berkenaan.

“Kami juga akan melancarkan model baharu daripada portfolio BMW i pada acara berkenaan,” katanya. – BH Online

Tags: BMWTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd