• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bincang Cadangan Wujudkan Duta Khas Malaysia Ke Palestin

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar akan berbincang mengenai cadangan mewujudkan jawatan Duta Khas Malaysia ke Palestin bagi membolehkan Malaysia terus memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan isu rakyat Palestin di platform antarabangsa.

Sambil menyambut baik cadangan itu, Timbalan Menterinya, Datuk Marzuki Yahya berkata, meskipun ketika ini, tiada duta mewakili negara di Palestin, namun Malaysia sentiasa mengambil maklum mengenai situasi yang berlaku di Palestin.

“Malaysia tidak mempunyai duta di Palestin namun kita selalu mengambil perhatian mengenai kedudukan rakyat negara itu menerusi duta mereka di Kuala Lumpur dan rakan-rakan kita yang berada di Jordan dan Mesir.

“Saya rasa, jawatan Duta Khas Malaysia ke Palestin adalah satu cadangan yang amat baik dan saya akan cuba bawa isu ini dan berbincang di peringkat kementerian,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr. Mohd. Nor Monutty yang meminta kerajaan menyatakan sama ada bercadang untuk mewujudkan jawatan Duta Khas Malaysia ke Palestin. – UTUSAN ONLINE.

Tags: dutaPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd