• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bill Cosby Kembali Ke Mahkamah Untuk Hukuman Jenayah Seksual

oleh Cj Mnh
24/09/2018
dalam Artis, Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NORRISTOWN (CALIFORNIA) – Ikon televisyen Amerika Syarikat (AS), Bill Cosby kembali ke mahkamah Pennsylvania Isnin ini bagi menerima hukuman atas kesalahan serangan seksual, lima bulan selepas disabitkan dengan kesalahan pada perbicaraan lalu.

Lelaki uzur berusia 81 tahun yang satu ketika dulu disayangi ramai dan diberi gelaran ‘America’s Dad’ berdepan hukuman maksimum iaitu penjara sehingga 30 tahun kerana memberi dadah serta mencabul Andrea Constand di kediaman mewahnya di Philadelphia pada Januari 2004.

Beliau adalah selebriti pertama dihukum atas jenayah seksual sejak kejatuhan penerbit filem terkemuka, Harvey Weinstein tahun lalu yang juga permulaan kepada kebangkitan rakyat AS menentang gangguan seksual secara besar-besaran.

Pelawak dan pemenang anugerah berkenaan didapati bersalah di atas tiga tuduhan serangan seksual pada 26 April lalu, setiap satu membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Pendakwa memohon beliau terus menjalani hukuman namun barisan peguamnya dijangka membuat rayuan untuk beliau kekal menjalani tahanan rumah sementara menanti keputusan untuk rayuan lain.

Keputusan akhir itu akan disampaikan Hakim Steven O’ Neill yang akan menjatuhkan hukuman selepas sesi pendengaran selama dua hari di Norristown.

Kes berkenaan mencemarkan maruah dan reputasi Cosby sebagai aktor pujaan ramai yang juga pelakon kulit hitam pertama mengisi slot tayangan pada waktu puncak untuk rancangan televisyen AS. – AFP

Tags: Bill CosbyJenayah Seksual
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Henti Spekulasi Isu Liwat Di Pusat Tahfiz – Mufti WP

Next Post

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Adik Ipar & Suami Direman

Related Posts

Mangsa Jenayah Seksual Kanak-Kanak Meningkat

Mangsa Jenayah Seksual Kanak-Kanak Meningkat

01/11/2024
0

PUTRAJAYA : Jumlah kesalahan seksual membabitkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat 26.5 peratus kepada 1,567 kes...

AS$30 Juta Lesap, Rompakan Wang Tunai Terbesar Di Los Angeles

Empat Remaja Termasuk Dua Beradik Didakwa Lakukan Jenayah Seksual

05/04/2024
0

TAMPIN - Empat remaja lelaki termasuk dua beradik di hadapkan di dua mahkamah berasingan di Mahkamah Majistret di sini dan...

Next Post

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Adik Ipar & Suami Direman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd