• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Sokongan, Kepercayaan Kepada Saya, Kata Presiden Baharu MPS

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baharu Datuk Peter Hii Chang Lik mahu masyarakat memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya untuk membuat perubahan di daerah ini.

Menurutnya faktor status beliau dari Sarawak tidak harus dijadikan penilaian kerana sudah menetap di daerah ini sejak 51 tahun.

“Sandakan sentiasa di hati saya dan apa salahnya untuk saya meneruskan sumbangan untuk daerah ini dan masyarakat Sandakan sebagai Presiden MPS.

“Saya sudah menetap di daerah ini sejak 51 tahun dan mendapat status penduduk tetap Sabah sejak 1978,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis serah tugas jawatan Presiden MPS di sini, hari ini.

Beliau yang pernah menjadi ahli majlis MPS sebanyak dua penggal pada 1988-1990 dan 1991-1994 memberikan masa enam bulan untuk melakukan perubahan di daerah ini khususnya berkaitan kebersihan dan menceriakan bandar Sandakan.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Hii menyifatkan pelantikannya sebagai presiden MPS sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang penting untuk dilaksanakan.

Katanya keyakinan dan kepercayaan diberikan oleh Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apda akan beliau laksanakan untuk membantu dan menambah baik keadaan bandar Sandakan.

Justeru, beliau yang berlatar belakang ahli perniagaan mahu kakitangan MPS bekerja bersama-sama beliau dengan penuh integriti, dedikasi, fokus tanpa tipu muslihat, tidak mengamalkan rasuah dan tidak menerima hadiah atau mengambil apa-apa wang termasuk hadiah daripada orang awam.

“Kita seharusnya menunjukkan keikhlasan dan contoh yang baik untuk mendapat kepercayaan masyarakat Sandakan,” katanya.

Menurutnya beliau sendiri mempunyai idea untuk membaiki dan meningkatkan keceriaan bandar Sandakan dengan mengecat semula semua bangunan yang ada.

Kataya idea dan cadangan itu akan beliau kemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan.

Pada majlis itu, Hii turut mengumumkan bahawa MPS akan mengurangkan kadar bayaran letak kereta daripada RM1 ke RM0.50 dan RM0.50 ke RM0.30 yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: Sandakan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Air Pasang: Enam Beranak Di Sandakan Bermalam Dalam Kereta

Air Pasang: Enam Beranak Di Sandakan Bermalam Dalam Kereta

26/12/2022
1

Bimbang laluan ke rumahnya terjejas akibat fenomena air pasang di sebuah perkampungan atas air di Sandakan, sebuah keluarga enam beranak...

Haziq Aziz Dakwa Sandakan Bukan Kali Pertama

13/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Individu dalam video intim bersama seorang lelaki didakwa mirip menteri Kabinet mendedahkan kejadian di sebuah bilik hotel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd