• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bentang Kertas Putih Kenapa LGE Bebas

oleh
04/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERIUS… Ini bukan main-main bahkan rakyat boleh hilang percaya terhadap sistem keadilan di Malaysia setelah Menteri Kewangan bebas tuduhan rasuah kerana Pendakwa Raya tidak mahu teruskan kes.

Berikutan itu, PAS mengesa satu Kertas Putih, atau laporan siasatan khas, perlu dibentangkan oleh pihak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung tindakan aneh tersebut.

Setiausaha agung parti itu berkata pembentangan tersebut penting kerana status si tertuduh sendiri sebagai menteri dan juga memartabatkan kehormatan institusi Parlimen.

“Memandangkan kes ini melibatkan seorang ahli parlimen dan juga menteri kabinet persekutuan, satu Kertas Putih perlu dibentangkan dalam Parlimen akan datang.

“Ini bagi menjelaskan perkara tersebut demi memelihara dan menjaga integriti dan martabat institusi Parlimen,” kata Datuk Takiyuddin Hassan dipetik portal AgendaDaily.

Guan Eng semalam dibebaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah membeli banglonya di bawah harga pasaran ketika menjadi ketua menteri Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi George Town semalam turut membebaskan ahli perniagaan wanita tempatan, Phang Li Koon daripada pertuduhan bersubahat dalam kes kes itu.

Setiausaha Agung DAP itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng meluluskan permohonan zon pertanian kepada zon perumahan awam.

Ia terletak di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd yang dimiliki Li Koon. Guan Eng dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di bilik gerakan Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai ketua menteri mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.

Nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta.

Mengulas perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas untuk segera meletakkan jawatannya.

“Walaupun yang mengendalikan kes ini adalah peguam cara negara, Thomas adalah pegawai tertinggi di Jabatan Peguam Negara dan pegawai atasan kepada peguam cara negara.

“Keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Lim memberi gambaran bahawa ia adalah salah satu keputusan yang ada elemen konflik kepentingan,” katanya.

Thomas, sebelum dilantik jawatan tersebut, secara kebetulan pernah menjadi peguam bela Guan Eng sendiri. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Lim Guan EngTakiyuddin Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd