• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beckham Mahu Jadikan Ronaldo Pemain Pertama Dibeli Kelabnya

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAVID Beckham bersedia menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai pemain pertama dibawa masuk Inter Miami, lapor The Daily Mail.

Bekas kapten England itu mengumumkan pasukan MLS terbaharu miliknya pada Rabu.

Inter Miami atau Internacional de Futbol Miami akan memulakan saingan pada 2020 selepas Beckham diberikan francais MLS di Miami pada Januari lalu.

“Ini adalah hari yang penuh membanggakan buat diri saya dan sleuruh pasukan.

“Kami mengambil langkah penting dalam menubuhkan kelab kami dan hari ini ia menandakan saat penting dalam sejarah Internacional de Futbol Miami,” katanya.

Kelab itu turut melancarkan logo, yang berbentuk bulat dan mempunyai gambar dua burung heron yang melambangkan nilai “antarabangsa, pelbagai, inklusif, kreatif dan bercita-cita tinggi’ hari ini.

Beckham diberikan francais MLS di Miami pada Januari lalu selepas membuat pengumuman rancangannya untuk menubuhkan sebuah pasukan buat pertama kali di bandar Selatan Florida itu, empat tahun lalu.

Inter Miami dijadual untuk bermain pada 2020 di venue sementara sehingga stadium mereka yang memiliki kapasiti 25,000 tempat duduk dan diberi nama “Miami Freedom Park” lengkap setahun selepas itu.

Beckham kini akan memberi tumpuan kepada pengambilan beberapa pemain terkemuka dunia dalam usaha untuk membina profil dan meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan kelab bola sepak miliknya.

Ronaldo, 33, menyertai Juventus selama empat tahun dengan bidaan sekitar 99.2 juta pound sterling dari Real Madrid.

The Daily Mail turut melaporkan apa sahaja tawaran untuk Ronaldo akan memecah rekod perpindahan MLS.

Beckham juga sedang mempertimbangkan untuk mengikat bekas rakan pasukannya di Manchester United, Wayne Rooney. – mStar Online

Tags: Cristiano RonaldoDavid Beckham
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd