• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bapaku Setan!”

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Seorang lelaki layak digelar bapa setan apabila sanggup merogol anak kandungnya sendiri ketika gadis itu berada di bilik tidurnya di rumah mereka di Jalan Changlun, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari biliknya dimasuki suspek berusia 46 tahun yang kemudian bertindak menindihnya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata sebaik sedar, mangsa bertindak menolak suspek menyebabkan lelaki itu berundur dan keluar dari bilik anak gadisnya itu.

Katanya, suspek kemudian memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu, namun mangsa bertindak membuat laporan polis hari ini.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bilik tidur mangsa tidak berkunci menyebabkan suspek mengambil kesempatan menceroboh dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Berikutan itu, suspek yang juga penganggur ditahan pagi ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini, petang ini.

Difahamkan, mangsa di bawa menjalani pemeriksaan di Hospital Jitra sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi pengesahan lanjut.

Sementara itu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa dirogol abang iparnya di sebuah rumah di Padang Sera, Kodiang, sejak tiga tahun lalu.

Mohd Ismail berkata, suspek yang berusia 30 tahun dikatakan mengambil kesempatan merogol mangsa ketika isterinya yang juga kakak mangsa keluar bekerja.

Katanya, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada guru disiplin sekolahnya baru-baru ini, sebelum ibu bapa mangsa dipanggil ke sekolah kelmarin bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

“Mangsa mendakwa dirogol sejak berusia 12 tahun lagi dan kejadian itu berlaku berulang kali sehingga kali terakhir berlaku di bilik tidurnya pada Jun lalu.

“Berikutan itu bapa mangsa membuat laporan polis Selasa lalu, selepas dimaklumkan pihak sekolah dan suspek sudah direman mulai semalam bagi membantu siasatan,” katanya.

Suspek kini direman enam hari sehingga 10 September ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – BH Online

Tags: bapa kandungrogol anak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dijel 10 Tahun, 10 Sebat Mengaku Rogol Anak Di Ruang Tamu

Bapa Dijel 10 Tahun, 10 Sebat Mengaku Rogol Anak Di Ruang Tamu

01/07/2025
0

MUAR: Pekerja pemasang jubin dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan...

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

23/12/2024
0

MUAR: Seorang lelaki warga Kemboja dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd