• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Doktor Sanggup Derma Hati Kepada Bekas Guru

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang bakal doktor memberikan hidup baharu kepada guru sekolah rendahnya apabila mendermakan sebahagian daripada hatinya demi menyelamatkan nyawa guru wanita terbabit.

Chen Ze Rong, 25, merupakan lepasan jurusan perubatan yang mendermakan 67 peratus daripada hatinya kepada Liang Feng Pin iaitu bekas gurunya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kong Min di Kuantan.

Liang merupakan guru sains bakal doktor itu dan anak tunggal perempuannya, Zheng Zi Jing juga rakan sekelas Chen ketika mereka di Tahun Lima.

Selepas mengetahui Liang mempunyai masalah hati dan memerlukan pembedahan pemindahan dilakukan, Chen menawarkan hatinya tanpa ragu-ragu.

Pembedahan tersebut dijalankan di Singapura dan kedua-dua mereka sedang menjalani rawatan susulan di hospital.

Yayasan Perubatan Nanyang Siang Pau dalam satu posting Facebook mengeluarkan kenyataan, Chen kini menderita penyakit kuning, tapi menambah keadaannya akan bertambah baik apabila hatinya semakin pulih.

Liang Feng Pin dan anak perempuan tunggalnya, Zheng Zi Jing.

“Chen bernafas dengan sendiri dan boleh duduk tapi masih dalam keadaan sakit.

“Dia mungkin boleh keluar hospital dalam masa seminggu.

“Ujian darah menunjukkan hati Chen berfungsi dalam badan Liang dan tiada tanda penolakan.”

Liang kini menjalani rawatan dialisis sehingga keadaannya stabil.

“Enam bulan pertama adalah kritikal dan jika keadaan Liang kekal stabil, dia boleh keluar dalam masa sebulan,” menurut catatan Facebook itu.

Zheng berkata, ibunya masih bergantung kepada mesin sokongan hidup dan alat bantuan pernafasan, tetapi para doktor berkata bahawa keadaannya baik.

Pada malam selepas pembedahan dijalankan, Zheng menulis di Facebook untuk berterima kasih kepada rakan baiknya itu.

“Sokongan Chen dan keluarganya membuatkan saya sedar bahawa kasih sayang bukan terhad kepada keluarga sendiri.

“Kasih sayang ada di mana-mana jika ia benar-benar ikhlas.

“Saya tak sangka dia sanggup lakukan sejauh ini dan menjadi individu yang menyelamatkan nyawa ibu saya,” katanya. – Sin Chew Daily/Asia News Network/The Star/mStar Online

Tags: anak muridGuru
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penubuhan MAP Wakili Kaum India – Waytha Moorthy

Next Post

Bertutur Masih Pelat, Tapi Mainannya Ular Sawa

Related Posts

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post

Bertutur Masih Pelat, Tapi Mainannya Ular Sawa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd