• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Avril Lavigne Bangkit Selepas Berdepan Penyakit Lyme

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Artis genre Pop Punk terkenal, Avril Lavigne semalam mengumumkan bakal melancarkan lagu terbarunya selepas lima tahun berdepan maut bertarung dengan penyakit Lyme.

Penyanyi dan pemain gitar kelahiran Kanada yang mula masyhur di pentas hiburan dunia pada 2000 itu berkata beliau akan melancarkan lagu pertamanya pada 19 September ini sebelum album penuh menyusul.

Lavigne yang menulis kepada peminatnya di laman web berkata, lagu berjudul ‘Head Above Water’ adalah gambaran perjuangannya ketika menulis dalam keadaan lemah dan tiada upaya.

“Saya terima hakikat kematian dan dapat merasakan tubuh semakin hilang upaya sedikit demi sedikit. Saya berasa seperti lemas. Seperti semakin tenggelam dan hanya perlu keluar untuk mendapatkan udara. Seolah berada di dasar sungai yang ditarik arus deras,” katanya.

Lavigne menyifatkan beberapa tahun kebelakangan ini sebagai tempoh paling teruk dalam hidupnya.

“Tetapi, saya dapat mengubah perjuangan itu menjadi muzik yang cukup membanggakan saya.”

Penyanyi berusia 33 tahun, yang terkenal dengan lagu “Girlfriend” dan “Complicated,” pada mulanya enggan membincangkan mengenai penyakitnya.

Tetapi, dia mahu meningkatkan kesedaran mengenai penyakit Lyme, yang disebarkan akibat gigitan kutu dan boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk serta ketidakupayaan untuk bergerak.

Album terakhirnya berjudul Avril Lavigne diterbitkan pada 2013 dan beliau belum mendedahkan tarikh album terbarunya akan dilancarkan. – AFP

Tags: Avril Lavignelyme
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tokwan Belum Insaf

Next Post

LGBT Layak Dipertimbang Terima Zakat – Pensyarah

Related Posts

Perlekeh Ex Suaminya, Avril ‘Sekolahkan’ Mark Zuckerberg

23/12/2016
0

PENYANYI Avril Lavigne menyifatkan video yang dirakam pengasas Facebook, Mark Zuckerberg baru-baru ini telah 'memperkecilkan' bakat band yang dianggotai bekas...

Avril Lavigne Sudah Meninggal Dunia Pada 2003?

29/09/2016
0

BENARKAH penyanyi Avril Lavigne telah meninggal dunia pada 2003 dan dia digantikan dengan seseorang yang mempunyai wajah yang sama agar...

Next Post

LGBT Layak Dipertimbang Terima Zakat - Pensyarah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd