• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Motif Zombi Komunis Rai Hari Merdeka?

oleh
03/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIADAB… Bulan lalu kecoh beberapa aktivis DAP Melayu dengan angkuh cuba desak pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk segera iktiraf pengganas ateis komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Namun kali ini, kerajaan Pulau Pinang yang jelas diketahui ramai memang didominasi oleh DAP pula bertindak lebih biadab ‘izin’ sekumpulan zombi berpakaian komunis berarak ceria pada sambutan Hari Kebangsaan semalam.

Gambar-gambar dan rakaman video amatur memaparkan kumpulan terbabit malah tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan yang turut kutuk keras usaha kerajaan PH negeri tersebut cuba mengagungkan imej komunis.

Sejumlah 20 ekor zombie tersebut megah ‘berkeliaran’ di sekitar kawasan perarakan kemerdekaan itu termasuk melintasi Bangunan Dewan Bandaraya Pulau Pinang yang bersebelahan dengan Padang Kota Lama di George Town.

Beberapa netizen pro-PH bagaimanapun mendakwa kononnya aksi pelik zombi yang tidak dijangka pelbagai pihak itu dikatakan sebagai mengikut trend pergerakan blind street atau buta jalanan dan juga cukup popular di Barat.

Secara kebetulan perarakan aneh itu dibuat bersempena Festival George Town dari 4 Ogos sehingga 2 September ini bagi rai pengisytiharan status ibu kota bandar raya Pulau Pinang itu sebagai antara tapak warisan dunia UNESCO.

Namun, jika diamati dan dihayati maksud tersirat acara tersebut, ia seumpama menggambarkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan tiba-tiba bangkit semula daripada ‘kubur’ selepas 61 tahun merdeka.

Ini berdasarkan gaya pakaian seolah-olah simbolik uniform PKM zaman darurat dan hampir semua peserta zombi itu adalah Cina, kaum yang dikaitkan dengan gerakan pemberontakan gerila dan mahu wujudkan negara republik.

Malangnya rakyat Malaysia terutama penyokong kerajaan PH pula tidak nampak erti tersembunyi di sebalik aksi perarakan ‘bodoh’ itu dengan menyifatkan ia sekadar hiburan jalanan semata-mata. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Komuniszombi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SST Berjalan Lancar, Aduan Berkaitan Harga Makanan Diterima

Next Post

TPM Sedih Kes Gangguan Seksual Kerap Berlaku Terhadap Anak Istimewa

Related Posts

Suami Isteri Beri Keterangan Mengenai Karikatur Komunis

13/01/2021
0

GEORGETOWN - Pasangan suami isteri yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis di restoran milik mereka tampil ke Ibu Pejabat Daerah...

Polis Siasat Kafe Hias Dinding Guna Wajah Pemimpin Komunis

04/01/2021
0

GEORGE TOWN - Polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dua kafe di Pulau Pinang yang didapati menggunakan kertas hiasan...

Next Post

TPM Sedih Kes Gangguan Seksual Kerap Berlaku Terhadap Anak Istimewa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd