• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Sedia Kembali Berkhidmat Untuk Pakatan Harapan, Rakyat

oleh
06/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah bersedia untuk kembali berkhidmat dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat setelah empat tahun ‘berehat’ daripada politik.

“Saya ‘cuti’ di Sungai Buloh pun sudah lama…sudah empat tahun. Inilah masanya saya keluar berjuang bersama-sama dengan rakan-rakan saya dalam PH.

“Saya Anwar Ibrahim masih kuat, saya masih boleh lawan sekarang, bukan kerja senang tukar kerajaan 61 tahun, namun saya akan bersama anda semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Poh Tong sempena Festival Hantu Lapar di Balakong dekat sini, hari ini.

Turut hadir calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki dan Setiausaha DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah merangkap Pengarah Pilihan Raya PH DUN Balakong.

Anwar turut menyeru kepada penduduk Balakong supaya keluar mengundi pada Sabtu ini bagi memberi mandat kepada PH.

“Ramai rakan-rakan saya berada dalam Kabinet sekarang, mereka sedang bekerja keras untuk membanteras rasuah dan menyelesaikan masalah-masalah terdahulu.

“Berilah mereka peluang bekerja keras kepada anda (rakyat), berilah peluang kepada calon muda kami pada Sabtu ini untuk membawa perubahan kepada anda semua,” katanya.

Anwar meluangkan masa kira-kira 15 minit pada majlis itu sebelum bergegas ke majlis kempen di PRK DUN Seri Setia.

PRK Balakong dan PRK Seri Setia, masing-masing menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan calon PH Wong Siew Ki berdepan calon MCA Tan Chee Teong di Balakong, manakala calon PH Halimey Abu Bakar akan bertembung dengan calon PAS Dr Halimah Ali di PRK Seri Setia.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas, manakala PRK DUN Seri Setia susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos akibat kanser usus.

Kedua-dua kawasan itu sebelum ini masing-masing dimenangi Ng daripada DAP (Balakong) dan Dr Shaharuddin daripada PKR (Seri Setia).

DUN Balakong dan DUN Seri Setia, masing-masing mempunyai keseluruhan 62,219 dan 52,650 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK, Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Musa Aman Dikejarkan Ke IJN Kerana Masalah Kesihatan

Next Post

Pertunjukan ‘Masters Of Dirt’ Datang Ke Malaysia

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Next Post

Pertunjukan 'Masters Of Dirt' Datang Ke Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd