• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Laman Web Palsu Tarik Pelaburan Bitcoin

oleh Cj Mnh
19/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura hari ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai laman web palsu yang bertujuan menarik pelaburan dalam Bitcoin menggunakan komen palsu daripada Pengerusi Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), Tharman Shanmugaratnam.

Tharman juga adalah Timbalan Perdana Menteri Singapura.

MAS, dalam satu kenyataan hari ini berkata, artikel di laman web itu mengenai Bitcoin adalah tidak benar dan sangat mengelirukan.

“Kenyataan yang dikaitkan dengan Tharman adalah sama sekali tidak benar, selain daripada pemerhatiannya yang kuantiti dagangan mata wang kripto di Singapura adalah rendah,” jelas pihak berkuasa monetari itu.

MAS berkata, laman web itu meminta pembaca mendaftar bagi akaun Bitcoin dan meminta butiran terperinci kad kredit dan akaun bank.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengelakkan daripada mendedahkan sebarang maklumat kewangan atau peribadi dalam borang yang dipautkan daripada laman web itu.

“Melabur dalam mata wang kripto seperti Bitcoin amat berisiko,” kata pihak berkuasa itu.

MAS telah mengeluarkan peringatan pada 19 Disember, 2017, memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko pelaburan mata wang kripto.

Ia juga menggesa orang ramai yang mengesyaki sebarang pelaburan yang mungkin menipu atau disalah guna bagi aktiviti yang menyalahi undang-undang lain agar melaporkannya kepada polis.

Bagi maklumat lanjut mengenai mata wang kripto dan pelaburan mata wang kripto, orang ramai boleh merujuk kepada MoneySENSE – program pendidikan kewangan negara bagi peringatan pengguna. – BERNAMA

Tags: bitcoinLaman Web Palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pemain Bola Perak Ditahan Kes Samun

Next Post

10 Pelajar Asrama Akhlak Di Pokok Sena Meloloskan Diri

Related Posts

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

Padah Lombong Bitcoin Di Rumah

03/06/2022
0

Pasir Mas : Seorang juruteknik komputer ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin dan mencuri bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad...

Next Post

10 Pelajar Asrama Akhlak Di Pokok Sena Meloloskan Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd