• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Tunai Felda ‘Hampir Kosong’

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sewaktu sidang media pertamanya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata, perkara pertama yang perlu diperbaiki adalah aliran tunai dan mengurangkan pinjaman.

Dia yang juga bekas pengerusi Malayan Banking Bhd (Maybank) menyifatkan wang yang dimiliki Felda kini ‘hampir kosong’.

“Satu perkara yang perlu diselesaikan ialah aliran tunai Felda,” ujarnya pada Khamis.

Tambahnya, penstrukturan semula pinjaman bernilai RM8 Bilion dan penjualan hartanah di London, Kuching dan Kota Kinabalu juga boleh memperbaiki aliran tunai dalam jangka masa pendek.

Malah, jual beli minyak sawit mentah (CPO) yang rendah turut menyumbang kepada kekurangan aliran tunai Felda, katanya.

Secara keseluruhan, dia menyasarkan untuk memperbaiki Felda dalam tempoh 2 tahun yang disifatkannya sebagai satu tugas sukar.

Untuk tahun ini dia menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman Felda dari RM8.05 bilion kepada RM6.5 bilion dengan menjual semula hartanah yang dimiliki.

Aset tersebut termasuklah hotel, apartmen, asrama pelajar yang memakan kos sehingga RM2.2 bilion.

“Felda sudah memulakan proses penjualan sejak tahun lalu dan berharap kami dapat duit semula,: katanya.

Dia dilantik memegang jawatan itu pada 27 Julai lalu menggantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang meletak jawatan pada 14 Mei. – mStar Online

Tags: FeldaTan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd