• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Komunikasi Dan Multimedia Akan Dipinda, Bukan Dimansuhkan

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) 1998 akan dipinda dan bukan dimansuhkan buat masa sekarang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh memansuhkan CMA buat masa sekarang walaupun ia berjanji dalam manifestonya pada PRU-14 untuk menghapuskan undang-undang yang memberi ancaman kepada kebebasan bersuara.

“CMA melibatkan banyak rangka kerja peraturan… jadi untuk memansuhkannya (CMA) sekarang ini tidak dapat dilaksanakan. Bagaimanapun, beberapa seksyen seperti Seksyen 233 dan 211 akta berkenaan, boleh dibincangkan sama ada boleh dimansuhkan atau tidak,” katanya dalam satu temubual dengan BFM Radio, di sini hari ini.

Seksyen 211 berhubung dengan penggunaan tidak betul terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian manakala Seksyen 233 melarang penerbitan kandungan jelek dalam internet. Sejak sekian lama, Seksyen 233 digunakan terhadap anggota Pembangkang.

“Pindaan terhadap peruntukan dalam undang-undang itu juga bagi memastikan tidak terdapat penganiayaan politik, kerajaan PH berusaha memenuhi janji pilihan rayanya untuk memansuhkan Akta Anti-Berita Palsu 2018 pada Parlimen bulan lepas.

“Undang-undang itu telah diluluskan secara tergesa-gesa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu meskipun terdapat bantahan awal tahun ini dan dikuatkuasakan pada 2 April, sebelum PRU14, pada 9 Mei,” katanya.

Gobind berkata, pengawal selia seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu berkecuali jika ingin berfungsi secara berkesan dengan mula menghentikan amalan pelantikan politik untuk mengetuai organisasi yang berkenaan.

“Dalam regim BN sebelum ini, kita berhadapan dengan situasi di mana pelantikan politik dibuat berdasarkan bagaimana sesuatu dasar itu dirumuskan. Pelantikan politik dalam sesebuah badan seperti SKMM hendaklah dihentikan,” katanya.

Beliau mengulas kepada soalan yang dikemukakan kepada beliau oleh bekas ketua eksekutif SKMM Datuk Mazlan Ismail yang mencabar pemilihan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada pilihan raya umum 2013 di bawah pemerintahan BN.

Mazlan, bersama-sama pengerusi SKMM Tan Sri Dr Halim Shafie dan dua lagi pegawai kanan meletakkan jawatan pada 1 Julai berikutan pelantikan politik yang dibuat semasa pentadbiran BN sebelum ini.

Ketua Setiausaha KKMM Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor berkhidmat sebagai pengerusi sementara SKMM sehingga terdapat calon pengganti. – BERNAMA

Tags: Aktapinda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd