• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Tawar Lima Juta Tempat Duduk Promosi

oleh
01/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Group Bhd menawarkan lima juta tempat duduk promosi untuk membolehkan orang ramai, khususnya anggota AirAsia BIG pergi ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia dan AirAsia X.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata anggota AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak faedah, termasuk diskaun segera, apabila mereka menempah penerbangan di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia.

“Tambang tempat duduk promosi termasuk semua bagi anggota bermula daripada RM15 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik, termasuk Kuantan, Johor, Langkawi, Silangit – Danau Toba, Phu Quoc, Hua Hin dan Phuket.

“Anggota AirAsia BIG boleh menikmati akses lebih awal untuk promosi ini bermula 2 Sept, 2018 hingga 9 Sept, 2018. Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 18 Feb, 2019 dan 26 Nov, 2019,” menurut AirAsia.

Anggota yang terbang dengan AirAsia X juga boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua untuk anggota daripada serendah RM159 dari Kuala Lumpur ke Bali, Jeju, Seoul, Osaka, Amritsar, Sydney, Melbourne dan Hawaii.

Bagi bukan anggota AIrAsia BIG, mereka boleh menempah tempat duduk promosi bermula daripada RM20 dari 3 Sept hingga 9 Sept, 2018.

“Untuk mendaftar sebagai anggota AirAsia BIG secara percuma, layari airasia.com dan klik ‘Daftar’, ” menurut AirAsia. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd