• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Akan Terus Perluas Kedudukan Di China

oleh
03/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia akan terus memperluas kedudukannya di China dan pada masa sama meningkatkan kekerapan penerbangan di seluruh negara itu, walaupun janji niaga untuk mewujudkan terminal tambang rendah (LLCT) telah gagal.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, syarikat penerbangan itu mungkin mempertimbangkan semula rancangannya untuk mewujudkan LCCT di China apabila tiba masa yang sesuai.

“Kami masih akan mengembangkan pasaran China, namun (akan) membangunkannya tanpa lesen tempatan. Satu-satunya perkara yang dikenakan ke atas kami adalah, AirAsia tidak boleh menawarkan penerbangan domestik

“Kami merupakan peserta yang agak penting di China dan akan kekal sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara AirAsia Indonesia dan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas, syarikat penerbangan tambang rendah itu mengumumkan bahawa perjanjian awal yang ditandatangani tahun lepas untuk usaha sama dengan China Everbright Group dan kerajaan Henan telah​​​​​​​ luput​​​​​​​ dan tidak akan dilanjutkan.

Kamarudin berkata, pihaknya tidak berhasrat memperbaharui perjanjian tersebut atas beberapa faktor, antaranya, AirAsia tidak akan memperolehi lesen operasi domestik sedia ada di China memandangkan kerajaan itu tidak lagi mengeluarkannya.

Beliau berkata, AirAsia juga tidak mempunyai syarikat penerbangan yang sesuai bagi usaha sama di sana, sama ada dari segi kedudukan kewangan atau operasi.

“Bagi kami, kecuali diberikan jaminan dapat beroperasi secara cekap, mempunyai persaingan yang adil dan infrastruktur sesuai tersedia, mengapa perlu kami melaksanakannya?

“Ia bukan sekadar memperolehi lesen kerana memastikannya sebagai operasi yang berjaya merupakan perkara muktamad mengenai usaha sama itu,” katanya.

Mengenai MoU hari ini, AirAsia Indonesia dan MHTC menjalinkan kerjasama untuk menawarkan perkhidmatan pelancongan perubatan terbaik kepada rakyat Indonesia, selain mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan penjagaan kesihatan.

MHTC akan menawarkan perkhidmatan menguruskan perjalanan pelancongan perubatan, termasuk janji temu doktor dan hospital, serta khidmat pengangkutan dari lapangan terbang bagi pelanggan yang menggunakan AirAsia dari Indonesia ke Pulau Pinang bagi rawatan perubatan.

AirAsia juga akan menawarkan diskaun tambang penerbangan eksklusif kepada pelanggan MHTC dan AirAsia dengan janji temu yang ditetapkan lebih awal.

Pelanggan MHTC turut akan menikmati faedah tambahan di hospital yang mengambil bahagian, termasuk diskaun sehingga 20 peratus ke atas pemeriksaan perubatan dan bil bukan perubatan, serta di kedai makanan dan minuman terpilih, hanya dengan menunjukkan pas masuk mereka. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd