• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Politik Digesa Tidak Campur Tangan Proses Perancangan Bandar

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ahli politik digesa tidak campur tangan dan menyalahgunakan kuasa dalam menentukan sesuatu perancangan masa depan bandar bagi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti, kata Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah berkata berdasarkan pengalamannya selama 10 tahun sebagai Anggota Parlimen Lembah Pantai sebelum ini, beliau melihat ada ahli politik mengganggu proses perancangan masa depan bandar sehingga menjejaskan keselesaan penduduk.

“.. tidak boleh lagi ada pertalian politik dalam perancangan bandar kerana jika tidak, kita akan lihat ada kehidupan rakyat di mana-mana kawasan yang diterokai pemaju semata-mata tanpa mengambil kira keselesaan penduduk.

“Jadi, gesaan saya bukan sahaja untuk ‘young town planners’ (para perancang bandar muda) tapi sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses itu (perancangan bandar) haruslah menitikberatkan impak yang baik, bukan mengikut telunjuk ahli-ahli politik,” katanya.

Nurul Izzah berkata demikian kepada pemberita selepas berkongsi pandangannya dengan golongan muda dan profesional perancang bandar anjuran Institut Perancang Malaysia (IMP) di sini hari ini.

Turut bersependapat dengan Nurul Izzah, Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Mizan Hitam berkata ahli politik seharusnya mendengar pandangan dan nasihat daripada pakar perancang bandar dan pasukan teknikal lain.

“Saya nasihatkan bidang-bidang profesion ini (perancang bandar) lebih tegas dalam memberikan pandangan teknikal dan perlu perbincangan lebih banyak antara perancang, jurutera dan ahli politik.

“Nak dikatakan ahli politik tidak termasuk langsung dalam perancangan bandar tidak boleh, kerana memang ahli politik yang dilantik bertindak sebagai legislatif yang membuat keputusan, tapi mereka harus menerima pandangan pakar,” katanya. – BERNAMA

Tags: ahli politikNurul Izzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Geledah ‘Safehouse’ Temui RM5 Juta Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

SPRM Geledah ‘Safehouse’ Temui RM5 Juta Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

13/10/2024
0

Kuala Lumpur : Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah...

Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri

Kes Pemerdagangan Manusia Libat Ahli Politik: Polis Kesan Datuk Seri

01/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd