• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen GPS Jumpa PM, Bincang Isu Royalti Minyak & Hak Sarawak

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju bahawa isu berkenaan royalti minyak dan pengembalian hak Sarawak harus diselesaikan seperti mana yang telah dijanjikan.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu dinyatakan perdana menteri ketika anggota parlimen GPS mengadakan kunjungan hormat terhadap beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Rabu lalu.

“Semasa pertemuan itu yang disertai 15 daripada 19 anggota parlimen GPS, mereka turut membincangkan beberapa perkara berkaitan Sarawak seperti royalti minyak, pengembalian kuasa seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta isu naik taraf sekolah daif di Sarawak,”katanya pada sidang media selepas mereka bertemu dengan ketua menteri Sarawak di pejabatnya di sini harI ini.

Berkenaan tawaran dana RM1 bilion yang ditawar kerajaan negeri Sarawak bagi menaik taraf sekolah daif di Sarawak, Fadillah berkata perdana menteri memberi tahu bahawa perkara itu akan dibincang oleh pihak kerjaa persekutuan terlebih dahulu.

Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya berkata semasa pertemuan itu pihaknya juga menyatakan hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk membantu pihak kerajaan persekutuan berkenaan naik taraf sekolah daif dengan menawarkan dana daripada kerajaan negeri sebanyak RM1 bilion secara pinjaman atau hapus kira hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.

Di samping itu, katanya mereka turut menyuarakan hasrat agar projek-projek infra rakyat yang telah dirancang sebelum ini seperti jalan, jambatan, hospital, klinik Kesihatan, projek bekalan air dan elektrik harus diteruskan bagi manfaat rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Sebagai contoh, katanya anggota parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem telah memohon supaya projek Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian bernilai RM310 juta yang diluluskan kerajaan persekutuan terdahulu diteruskan pembinaannya, manakala anggota parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Karim memohon supaya projek Jambatan Batang Lupar bernilai RM1 bilion (ditanggung bersama oleh kerajaan pusat dan negeri) yang amat diperlukan juga diteruskan.

“Malah semua anggota parlimen GPS menyuarakan hasrat agar projek-projek kemudahan asas yang telah diluluskan terdahulu diteruskan pembinaannya kerana ia sangat diperlukan oleh rakyat,” katanya pada sidang media selepas mereka bertemu dengan ketua menteri di pejabatnya di sini har ini.

Sementara itu Fadillah berkata hanya Ketua Menteri Sarawak telah dijemput menyertai jawatankuasa khas mengenai MA63 yang ditubuh kerajaan Pakatan Harapan. – BERNAMA

Tags: GPSroyalti minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

01/08/2023
0

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa partinya tidak akan sesekali menyertai mana-mana...

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

16/12/2022
0

PUTRAJAYA : Lima gabungan parti politik hari ini memeterai pemuafakatan dan perjanjian persefahaman bagi mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd