• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adik Ipar Nazrin, Suami Dilepaskan Daripada Reman

oleh
26/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan sepasang suami isteri yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran pada Jun lepas.

Suspek yang ditahan reman itu merupakan adik ipar Nazrin dan suaminya.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan oleh peguam pasangan suami isteri tersebut terhadap perintah reman selama empat hari yang dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairul Azhar Mohd Ishak pada Isnin lepas.

Tempoh tahanan reman pasangan berusia 39 dan 41 tahun itu sepatutnya berakhir esok.

Hakim Ab Karim ketika membuat keputusan itu menyifatkan tempoh tahanan reman selama empat hari terhadap kedua-dua individu berkenaan adalah terlalu lama dan pihak polis tidak memberi alasan yang kukuh untuk menahan mereka.

“Untuk menahan reman selama itu perlu alasan yang sangat relevan, kena ada asas yangn kukuh. Sebarang tindakan lanjut seperti dalam alasan yang diberikan pihak polis untuk menahan reman kedua-dua mereka boleh dibuat tanpa kehadiran suspek.

“Sehubungan itu, permohonan semakan terhadap perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh (penolong) pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya disemak dan kedua-dua mereka diperintah untuk dilepaskan selepas waktu kerja pada 5 petang ini,” katanya.

Terdahulu, peguam LS Leonard yang mewakili pasangan suami isteri itu berhujah bahawa tiada keperluan untuk kedua-dua anak guamnya ditahan reman memandangkan mereka telah memberi kerjasama yang baik selain percakapan mereka telah dirakam oleh pihak polis.

“Antara alasan diberikan pihak polis untuk menahan reman anak-anak guam saya ialah bagi menyiasat sama ada mereka bertanggungjawab menyebarkan mesej yang menyatakan punca kematian Nazrin disebabkan telefon bimbit meletup sedangkan polis tahu bukan mereka yang melakukannya,” katanya yang turut dibantu peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli pula berhujah keputusan Mahkamah Majistret untuk memberikan reman selama empat hari ke atas pasangan suami isteri itu adalah sah selaras dengan peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau berkata semasa peringkat permohonan reman di hadapan penolong pendaftar, pasangan suami isteri itu diwakili barisan peguam yang sama dan segala hujahan serta fakta dikemukakan di Mahkamah Tinggi dalam permohonan semakan itu telahpun dikemukakan ketika permohonan reman tersebut.

Maka katanya, penolong pendaftar telah membuat penilaian menyeluruh sebelum memberikan perintah reman selama empat hari.

Sebelum ini, isteri Nazrin dan bekas suaminya serta dua anak tiri mangsa turut ditahan reman bagi membantu siasatan.

Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu. – BERNAMA

Tags: CEO Cradle Fund
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Samirah, Dua Anak Bebas, Lepas Pertuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

21/06/2022
0

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua anak remaja lelakinya atas pertuduhan membunuh...

Samirah Tak Setuju Duit Insurans Nazrin Diguna Bayar Hutang

30/12/2019
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu tertuduh pertama kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd