• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abe Kekalkan Jawatan PM Jepun

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri, Shinzo Abe menang selesa dalam pemilihan parti yang dipimpinnya semalam, sekali gus menjadikan beliau Perdana Menteri Jepun yang pa­ling lama berkhidmat.

Pemimpin berusia 63 tahun itu mendapat 553 undi berbanding 254 oleh pencabar­nya, bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba dalam pertandingan satu lawan satu untuk merebut jawatan ke­tua Parti Liberal Demokratik (LDP).

Kemenangan itu membolehkan Abe mengekalkan jawatan untuk tempoh tiga tahun lagi serta berpeluang memecah rekod Perdana Menteri paling lama ber­khidmat yang kini dipegang oleh Taro Katsura yang menjawat jawatan itu sebanyak tiga penggal sepanjang 1901 hingga 1913.

Sorakan ‘banzai’ daripada ahli parti kedengaran selepas Abe dengan garang berkata: “Peperangan telah tamat. Mari membina sebuah Jepun baharu dengan menghulurkan tangan dan bersatu.”

Shinichi Nishikawa, seorang profesor politik di Universiti Meiji di Tokyo memberitahu agensi berita AFP bahawa undian tersebut merupakan satu referendum terhadap rekod pemerintahan Abe.

“Tetapi beliau tidak boleh sepenuh hati meraikan keputusan itu kerana tidak menang dengan cemerlang,” katanya. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: jepunShinzo Abe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd