• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Premis Di Sabah Jadi Sasaran Ops Pacak Jabatan Kastam

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sebanyak 60 premis disyaki menjual minuman keras dan rokok seludup di negeri ini akan menjadi sasaran dalam ‘Ops Pacak’ yang dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Operasi itu dimulakan di daerah ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya di sini, hari ini.

Di daerah ini, terdapat 20 premis akan menjadi sasaran dalam operasi tersebut.

Zulkifli pada sidang media selepas majlis pelancaran operasi itu berkata, premis yang dikenal pasti itu berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam dan risikan jabatan itu sendiri.

Katanya premis tersebut akan digempur bagi mengesan penjualan minuman keras dan rokok yang tiada cukai kastam.

“Pelaksanaan operasi ini antara tindakan yang diambil JKDM bagi memerangi aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras yang menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan dari segi kehilangan hasil pungutan cukai.

Hadir sama, Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik.

Beliau berkata pelaksanaan Ops Pacak di negeri ini adalah kali kedua dijalankan selepas di Kota Kinabalu pada tahun lepas.

Menurutnya sejak Januari hingga Ogos lepas, sebanyak 12 batang juta rokok seludup, dirampas yang membabitkan cukai sebanyak RM8 juta di negeri ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Zulkifli berkata pada tahun lepas, sebanyak 1.2 bilion batang rokok dirampas membabitkan cukai sebanyak RM1 bilion, manakala minuman keras membabitkan rampasan 11 juta liter membabitkan cukai berjumlah RM400 juta.

Justeru, katanya, jabatan itu sentiasa melaksana operasi membanteras aktiviti penyeludupan yang sekarang ini makin meningkat dan berleluasa.

Beliau berkata operasi penguatkuasaan turut dilaksanakan dengan kerjasama agensi penguat kuasa yang lain, selain menerusi program kesedaran masyarakat untuk tidak membeli barangan seludup khususnya rokok dan minuman keras. – BERNAMA

Tags: KastamRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd