BRUSSELS – Suruhanjaya Eropah akan menyarankan undang-undang baru hari ini yang memberi masa satu jam kepada syarikat teknologi maklumat seperti Facebook, Twitter dan lain-lain lagi, untuk membuang bahan ekstrem daripada alam siber.
Suruhanjaya itu memberitahu syarikat terbabit pada Mac lalu bahawa mereka ada tiga bulan untuk membuktikan mereka benar-benar membuang unsur ekstrem atau bakal hadapi undang-undang mengenainya.
Suruhanjaya itu juga mahu tindakan membuat hasutan atau menyokong kesalahan jenayah sebagai mempromosi pengganas selain menunjukkan perkara berkenaan telah dibuang dari internet sejam selepas menerima arahan pihak berkuasa.
Cadangan itu memerlukan sokongan daripada negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Parlimen Eropah, manakala pengendali platform internet diarah membuat langkah positif termasuk menghasilkan kaedah baru untuk menyekat salah guna kuasa dan mewujudkan pengendali yang memantau ‘isi kandungannya.’
Penyedia perkhidmatan juga perlu memberi laporan tahunan bagi membuktikan mereka serius menangani salah guna seperti ini.
Jika penyedia perkhidmatan gagal membuang bahan ekstrem itu, ia boleh didenda sehingga 4 peratus daripada perolehan tahunannya. – Reuters