• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Isu Gempar Yang Sebenarnya Tidak Mengejutkan

oleh Haris
06/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI yang terkejut dengan kenyataan terkejut pemimpin negara tentang pengguguran kes korupsi Lim Guan Eng baru-baru ini.

Selain kenyataan itu, beberapa tindakan lain seperti seorang menteri melantik dirinya sebagai presiden sebuah universiti dan dakwaan korupsi pegawai seorang menteri juga menyebabkan rasa terkejut rakyat yang prihatin.

Terbaru Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kabinetnya terkejut dengan hukuman sebat mahkamah syariah di Terengganu.

Berikut 6 perkara yang dibuat oleh kerajaan baharu pimpinan Mahathir yang mengejutkan, tetapi sebenarnya tidak sepatutnya mengejutkan.

1. Kecam hukuman syariah

Walaupun enakmen jenayah syariah ialah hak negeri-negeri berdasarkan persekutuan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan mengecam hukuman syariah di Terengganu.

Kenyataan Kabinet yang mengatakan hukuman sebat ke atas pesalah kelakuan lesbian tidak mencerminkan Islam memang pendirian Mahathir sejak dulu.

Beliau menolak hukuman syariah dengan alasan zalim dan berdasarkan logik bahawa hukuman syariah ke atas orang Islam sedangkan bukan Islam tidak dihukum demikian akan melemahkan umat Islam.

2. Projek kereta nasional ketiga

Pada masa kerajaan sebelum ini berusaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam, Mahathir terus dengan impian syarikat keretanya.

Mahathir memegang kepercayaan industrialisasi ialah kunci kejayaan sesebuah negara. Beliau memilih untuk menyokong sepenuhnya industrialisasi hingga mengabaikan pertanian.

Lihatlah siapa yang beliau pilih untuk menganggotai majlis penasihatnya. Semuanya berkaitan ekonomi dan perniagaan termasuk dua orang hartawan.

3. Hapuskan BR1M, Klinik 1 Malaysia

Mahathir amat menentang bantuan untuk rakyat seperti ini, yang beliau anggap sebagai “tongkat” yang menjadikan orang malas.

Mentaliti beliau ialah semuanya mesti dibayar dan tidak ada yang percuma. Malah bantuan untuk rakyat seperti ini pun dianggap salah.

Sikap berkira beliau ini boleh dilihat pada cara beliau mengulas isu bantuan sara hidup ini, yang dilihat hanya dari sudut memberi wang secara percuma kepada orang ramai.

4. Tidak hapus tol

Perlu diakui Mahathir menyertai Pakatan Harapan agak lewat dan janji-janji pakatan itu sudah dibuat lama sebelum beliau menjadi ketua kepada PH.

Tetapi tindakan kerajaan pimpinannya hanya memberi diskaun tol 50 peratus dan bukan percuma selama lima hari yang dijanjikan sudah boleh menggambarkan sikapnya terhadap kutipan tol.

Konsesi yang diberikan semasa beliau menjadi perdana menteri keempat itu masih berjalan perjanjiannya dan tidak mudah untuk diubah.

5. Lantikan kontroversi

Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, pengerusi DAP sebagai wakil khas ke China, Dr. Maszlee Malik sebagai presiden UIAM semuanya kontroversi.

Tetapi nampaknya bagi Mahathir dan kerajaannya, ini bukan satu masalah kerana mereka mempunyai kuasa dan tidak ada siapa dapat menghalang.

Janji-janji perubahan dulu kini bebas dilanggar dan diberikan justifikasi baharu. Orang politik tetap mengutamakan kuasa.

6. Gaji minimum RM1,050

Tindakan menaikkan gaji minimum hanya sebanyak RM50 menunjukkan kerajaan memungkiri janji lagi, kerana jumlahnya sangat jauh daripada RM1,500 yang dijanjikan.

Kerajaan PH boleh memberi pelbagai ganjaran kepada peniaga dan kapitalis besar, tetapi hanya menaikkan gaji minimum kepada RM50.

Ini satu lagi bukti pendirian kerajaan baharu yang lebih mendengar cakap tokey-tokey berbanding para pekerja. – Mynewshub.tv

Tags: pakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd