• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

54 Pelajar Diberi Tajaan JPA

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju memberi tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 54 pelajar dan daripada jumlah itu, 13 pelajar diberikan tajaan 80 peratus untuk melanjutkan pendidikan ke luar negara melibatkan dalam kalangan 10 universiti teratas dunia.

Kalangan 10 universiti teratas dunia itu antaranya termasuk Universiti Oxford dan Universiti Cambridge di United Kingdom (UK).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dollah berkata, baki 41 pelajar pula diberikan biasiswa penuh di universiti awam atau swasta dalam negara.

“Sebelum ini pada 2016 kita tidak teruskan kerana ada kekangan kewangan jadi kita banyak letakkan pelajar-pelajar ini ke dalam negara untuk meneruskan pendidikan mereka.

“Tapi apabila dilihat keadaan sekarang ini, yang telah melalui proses ini kita boleh berikan dan ini telah pun diputuskan oleh Jemaah Menteri semalam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program My Best Buy FAMA@ JPA4U Bersama KPPA 2018, di sini hari ini.

Dilaporkan sebelum ini, 63 pelajar tersebut memohon biasiswa daripada JPA untuk mengikuti pengajian di luar negara.

Mereka telah menyerahkan petisyen tiga bulan lepas dan dimaklumkan mereka perlu menunggu bagi kertas laporan dibentangkan kepada Kabinet.

Pelajar itu bagaimanapun dilaporkan tidak menerima sebarang maklum balas daripada JPA, selepas jabatan itu menyatakan pihaknya sedang menunggu untuk membentangkan kertas laporan kepada Kabinet. – UTUSAN ONLINE

Tags: BiasiswaJPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

06/08/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan kajian had umur persaraan wajib untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua. Ketua Setiausaha Negara, Tan...

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd