• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

357 Pekerja Kilang Bekal Senjata, Bahan Letupan Tuntut Gaji

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG  – Kira-kira 150 orang kakitangan bukan eksekutif syarikat pembekal senjata dan bahan letupan kepada Kementerian Pertahanan, SME Ordnance Sdn. Bhd. hadir ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di Rawang Perdana hari ini untuk membuat aduan terhadap majikan mereka yang gagal menjelaskan tunggakan gaji pekerjanya seramai 357 orang selama dua bulan.

Syarikat berkenanaan juga dipercayai membatalkan beberapa faedah lain termasuk elaun kehadiran, lokasi dan makan serta kemudahan perubatan.

Menurut pekerjanya, masalah tersebut sudahpun berlarutan sejak September tahun lalu dan perjumpaan dengan majikan telah diadakan beberapa kali namun masih tiada penyelesaian.

Wakil Kesatuan Pekerja Industri Petroleum dan Kimia Kebangsaan (NUPCIW) di syarikat itu berkata, isu bayaran gaji lambat bermula apabila majikan memaklumkan terdapat masalah pada sistem teknologi maklumat (IT).

“Sejak itu, gaji setiap bulan mula dibayar lewat dan malah pada bulan Februari lalu gaji pekerja dibayar pada hujung bulan Mac.

“Sekarang kali terakhir pekerja terima gaji adalah pada bulan Jun, sementara gaji bulan Julai dan Ogos tidak dibayar,” kata mereka ketika ditemui wartawan Utusan Online, hari ini.

Pekerja juga mendakwa majikan tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bayaran pinjaman melalui potongan gaji.

“Sudah lebih lima bulan tiada caruman KWSP dibuat dan Perkeso pula sudah lebih setahun. Bayaran melalui potongan gaji lain pun tidak dibuat tetapi, gaji kami dipotong seperti yang tercatat dalam penyata.

“Kami sudahpun mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Pengarah Eksekutif dan Presiden syarikat untuk mengadu masalah sedemikian namun jawapan yang diberikan tetap sama, seperti tiada tindakan penyelesaian,” jelas mereka.

Mereka juga turut menimbulkan persoalan jika syarikat mempunyai masalah kewangan tetapi bagaimana kerja-kerja pemprosesan masih berjalan.

“Kami diberitahu masih ada pembekal dan kontrak dengan Kementerian Pertahanan masih berjalan, tetapi majikan tetap memberitahu syarikat mempunyai masalah kewangan.

“Jadi kami mohon perhatian pihak berwajib termasuk JTK supaya mengambil tindakan terhadap masalah berkenaan sedangkan gaji bulan ini (September) akan dibayar ataupun tidak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Gajikilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd