• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

31 Pelajar Ditahan Dalam Op Cegah Ponteng Sekolah

oleh
25/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 31 pelajar sekolah disyaki ponteng sekolah ditahan dalam Operasi Cegah Ponteng Sekolah yang diadakan di beberapa pusat beli-belah dan kafe siber sekitar bandar Kuantan hari ini.

Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang Mohd Raauf Jali berkata kesemua pelajar yang ditahan itu, berumur antara sembilan hingga 18 tahun dan dua daripadanya didapati positif dadah.

“Kebanyakkan pelajar ditahan di kafe siber dan hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati dua daripada pelajar yang ditahan berkenaan yang berumur 14 tahun dan 15 tahun positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

“Dua pelajar berkenaan kemudian telahpun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Cegah Ponteng Sekolah peringkat negeri Pahang 2018 di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan hari ini.

Ia turut dihadiri Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang Datuk Abdul Aziz Salleh.

Menurutnya operasi berkenaan dijalankan setelah rekod pihaknya mendapati 2,586 masalah ponteng sekolah dicatatkan berlaku di negeri ini untuk tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

“Antara tujuan operasi ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada murid dan pelajar sekolah supaya menghindari gejala ponteng sekolah.

“Perbuatan ini tidak memberikan sebarang manfaat kepada mereka, waktu persekolahan sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu untuk bekalan masa hadapan,” katanya.

Operasi bersepadu yang bermula pada pukul 10 hingga 1 petang tadi disertai oleh 79 anggota dan penguatkuasa daripada pelbagai agensi.

Antara jabatan dan agensi yang terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang, Yayasan Pahang, dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). – BERNAMA

Tags: ponteng sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beradik Ponteng Sekolah, Kerja 12 Jam Sehari Undang Simpati

Dua Beradik Ponteng Sekolah, Kerja 12 Jam Sehari Undang Simpati

22/06/2023
0

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa segera membela nasib dua beradik yang didakwa telah dipaksa bekerja 12 jam...

Pelajar Ponteng Terperangkap Dalam Rumah Berkunci

18/10/2018
0

SEREMBAN - Tindakan enam pelajar yang bertindak memanjat turun dari tingkat empat sebuah rumah pangsa di Lobak dekat sini untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd