• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bekas Menteri Kewangan II Beri Keterangan Kepada PAC Parlimen

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua bekas Menteri Kewangan II hadir memberi penerangan dan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen semalam berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion.

Mereka ialah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang memegang jawatan itu dari Mac 2008 hingga Jun 2016 dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berkhidmat dari Jun 2016 hingga April 2018.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ia merupakan lanjutan daripada prosiding yang diadakan pada 12 dan 13 Sept lalu.

“Kedua-dua bekas Menteri Kewangan II itu memberi penjelasan dan penerangan selama kira-kira sejam, menyentuh soal polisi, dasar serta tanggung jawab mereka berhubung GST ketika memegang jawatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir pada prosiding semalam Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Siti Zauyah Md Desa yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta pegawai kanan Kementerian Kewangan (MoF).

Ronald berkata PAC juga akan memanggil bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu sama pada 17 Okt.

Katanya, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah akan dipanggil semula pada 16 Okt walaupun beliau sudah hadir memberi penjelasan di hadapan jawatankuasa itu pada 13 Sept lalu.

PAC Parlimen turut menetapkan 22 Okt sebagai tarikh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir di hadapan jawatankuasa itu untuk memberi penjelasan dan penerangan berhubung isu sama.

“Jawatankuasa ini berharap dapat membuat rumusan serta memberi cadangan kepada kerajaan berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran GST berjumlah RM19.4 bilion ini apabila laporan PAC Parlimen berhubung isu ini dibentangkan di Dewan Rakyat selepas ketiga-tiga mereka selesai memberi penjelasan dan penerangan,” kata Ronald.

Dalam pada itu, beliau berkata PAC bersetuju untuk memulakan semula tidak lama lagi prosiding terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik Kementerian Kewangan.

Beliau menjelaskan, ini susulan keputusan Dewan Rakyat melalui usul Menteri Kewangan pada 16 Ogos lalu. – BERNAMA

Tags: Bekas Menteri KewanganPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd