• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

181 Pelajar B40 Terima Bantuan Kebajikan UMS

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seramai 181 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) ditawarkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda melalui saluran kemasukan khas bagi sesi akademik 2018/2019.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata jumlah itu adalah keseluruhan 202 orang yang ditawarkan, dan pelajar terpilih berkenaan mendaftar di UMS pada awal September lepas, dalam pelbagai bidang pengajian.

“Sehingga kini, jumlah pelajar B40 berdaftar di UMS sebanyak 452 orang, manakala kumpulan ketiga bagi sesi 2015/2016 seramai 84 pelajar berjaya menamatkan pengajian dan bakal menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kebajikan dan ramah mesra pelajar B40 di kampus induk UMS, Likas di sini hari ini.

D Kamarudin berkata program kemasukan pelajar B40 itu dilaksanakan di UMS sejak sesi akademik 2013/2014 bagi membantu pelajar yang tercicir melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS turut memperuntukkan RM36,200 untuk membantu pelajar berkenaan memulakan kehidupan sebagai pelajar universiti.

“Alhamdulillah sehingga hari ini, UMS belum pernah menerima rungutan atau aduan berkaitan kebajikan pelajar yang diabaikan,” katanya.

Pada majlis itu, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Dr Hasbullah Taha menyampaikan bantuan kebajikan kepada pelajar berkenaan. – BERNAMA

Tags: B40kebajikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

28/01/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular. IKUTI CHANNEL...

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd