• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuran Percuma Di Institut Latihan Kemahiran Dikaji

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemudahan yuran percuma bagi pengajian di beberapa institut latihan kemahiran kendalian Jabatan Tenaga Manusia sedang dikaji, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Beliau berkata kertas cadangan bagi perkara itu sedang dalam peringkat perbincangan di Unit Perancang Ekonomi.

“Kementerian sentiasa mengambil berat atas kebajikan pelajar dan telah kemukakan kertas cadangan bagi pembiayaan yuran percuma pada 2013, namun ditolak kerana melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

“Kementerian telah membuat tindakan susulan dengan mengemukakan semula kertas cadangan itu semasa penyelarasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) pada 2018,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai sama ada kementerian bercadang menurunkan yuran pengajian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) sebagai mengurangkan bebanan pelajar.

Kula Segaran berkata setakat ini, pengajian pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1,2 dan 3 di kesemua ILP adalah percuma, termasuk penginapan dan makanan tiga kali sehari, selain elaun bulanan RM100 untuk setiap pelajar.

Katanya, bagaimanapun yuran tetap dikenakan kepada pelajar yang mengikuti pengajian Diploma dan Diploma Lanjutan Kemahiran di sebahagian ILP, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Japan Malaysia Technical Institute (JMTI). – BERNAMA

Tags: latihan kemahiranyuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

600 Pelajar Palestin Universiti Awam Dikecualikan Yuran

600 Pelajar Palestin Universiti Awam Dikecualikan Yuran

15/11/2023
0

SEPANG : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pengecualian bayaran yuran pengajian kepada lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut pelbagai...

KPT Kurangkan Yuran Universiti 10 Hingga 35 Peratus

16/07/2021
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberikan kelonggaran dan pertimbangan sewajarnya terhadap tuntutan yuran membabitkan pelajar yang terjejas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd