• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WMA Bantu Lahir Tenaga Mahir Sektor Air

oleh Cj Mnh
08/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kepakaran anggota Persatuan Air Malaysia (WMA) membantu melahirkan tenaga kerja berkemahiran dalam sektor berkaitan air, kata Presidennya Dr Hapidah Mohamed.

Beliau berkata WMA yang menyambut ulang tahun ke-30 tahun ini, mempunyai lebih 1,400 anggota yang mewakili industri air antaranya sebagai pengusaha, perunding, jurutera, ahli akademik dan penyelidik.

“Kepakaran anggota WMA membolehkan kami menyumbang kepada transformasi sektor air secara konsisten. Ini dilakukan secara kolektif dengan pelbagai pihak berkepentingan dan agensi kerajaan dalam hala tuju dasar, sokongan teknikal, latihan dan penyelidikan.

“WMA juga bertindak sebagai platform meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota selain memberi kesedaran tentang isu air kepada orang ramai,” katanya semasa berucap pada Program Promosi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Zon Timur di sini, hari ini.

Program anjuran WMA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia itu dirasmikan Pengurus Besar Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Roslan Abdul Rahman.

Hapidah menambah WMA dilantik oleh JPK untuk mewakili industri air sebagai badan peneraju industri pada Januari 2017, selain menyumbang kepada Pembangunan Kerangka Kerja sektor air.

WMA juga bekerjasama dengan beberapa kementerian, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyemak semula, mengemaskini dan membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), katanya.

“Pada tahun ini, WMA diberi kepercayaan oleh JPK untuk mendaftar 300 peserta SKM. Kami berharap kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dapat menangani isu berkaitan industri air seperti persijilan dan pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata PAIP menyasarkan 50 peratus daripada 900 kakitangannya yang terlibat dalam rawatan dan pengagihan air memperoleh SKM, yang secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti air dan perkhidmatan kepada pengguna.

Beliau juga memaklumkan PAIP telah menerima tauliah sebagai Pusat Latihan Bertauliah untuk menjalankan latihan dalam pekerjaan kepada kakitangannya yang akhirnya diiktiraf sebagai pemegang SKM.

“Selain menjimatkan kos, isu kekangan masa untuk melatih kakitangan dapat dikurangkan kerana dilakukan di tempat kerja. Pada kebiasaanya, kakitangan sukar meninggalkan lokasi kerja kerana operasi berjalan secara berterusan supaya pengguna tidak menghadapi gangguan bekalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KemahiranPersatuan Air Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Baharu Fokus Pendidikan Kemahiran

23/10/2018
0

KENINGAU - Kerajaan baharu diterajui Parti Warisan Sabah akan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan kemahiran dan latihan berteknologi tinggi yang...

MEF Gesa Kerajaan Fokus Kemahiran Pekerja Daripada Gaji Minimum

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kemahiran pekerja tempatan dengan sekurang-kurangnya menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd