• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Penyelesaian Ad Hoc Dalam Merungkai Masalah Pelarian

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia perlu mempunyai keseimbangan dalam membantu para pelarian dengan melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

Malaysia, katanya, akan tetap mencari jalan penyelesaian terbaik bagi jangka panjang kepada masalah pelarian dan bukan hanya penyelesaian secara ad hoc.

“Kami mahu mengangkat martabat setiap insan, khususnya mereka yang rentan. Inilah kekurangan yang dihadapi, tetapi pada masa yang sama masih terdapat kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini dan kami tidak tahu sama ada kami dapat mengekang jumlah kemasukan itu.

“Ia juga melibatkan soal keselamatan dan infrastruktur,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dr Wan Azizah, yang menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada Rabu, berkata Malaysia telah melancarkan projek rintis yang dilaksanakan pda tahun lepas, apabila 300 pelarian Rohingya yang disahkan statusnya oleh UNHCR telah ditawarkan pekerjaan dalam sektor pertanian dan pembuatan.

“Tetapi kadar pengambilan bagi komuniti pelarian Rohingya adalah kurang, ia berikutan apa yang kami tawarkan tidak sepadan dengan keperluan mereka. Kami ingin membantu etnik Rohingya atas dasar kemanusiaan sejak mereka dibuang dari negara asal. Namun kami tidak mahu ia merebak dan mendatangkan masalah di kemudian hari,” katanya.

Timbalan perdana menteri turut memohon agar UNHCR menyediakan Malaysia satu pangkalan data bagi kemasukan pelarian yang memasuki sempadan negara ini.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kami ingin membantu. Kita perlu memberi tumpuan terhadap masalah ini, bukan mengeksportnya ke negara jiran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah berkata Kabinet telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kejadian di Wang Kelian, Perlis, dan akan mengambil tindakan lanjut berdasarkan penemuan siasatan.

Beliau berkata kerajaan juga menyediakan diskaun 50 peratus rawatan perubatan bagi etnik Rohingya, dan kerajaan turut mengeluarkan pas khas IMM13, yang membolehkan pelarian belajar, bekerja dan menjalankan aktiviti ekonomi sementara apabila bermastautin di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Biro Asia dan Pasifik UNHCR Indrika Ratwatte, dalam kenyataan sama berkata, UNHCR tidak mempunyai masalah untuk berkongsi data biometrik dengan Malaysia, sekiranya terdapat perjanjian rasmi mengenainya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailPelarian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan kasih sayang yang mendalam buat isterinya,...

‘Bincang Dengan PBB Sebelum Keluarkan Kad Pelarian Sendiri’

01/05/2022
0

Kerajaan harus mengusahakan perbincangan bagi menyelesaikan pertikaian dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebelum mengeluarkan kad pelarian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd