• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kompromi Untuk Golongan LGBT – Mufti Pahang

oleh
13/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tiada perbincangan mahupun kompromi seharusnya diberikan kepada golongan lesbian, gay, bisexual, transgender (LGBT) di negara ini kerana ia jelas menentang hukum Allah dan fitrah manusia.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata LGBT adalah perlakuan yang menyalahi hukum syarak dan sebagai sebuah negara Islam, ia wajar dicegah serta dibendung daripada terus menjadi wabak dalam masyarakat.

“Golongan ini dilaknati Allah dan mereka yang menyokong perbuatan mungkar turut sama menanggung dosa…mengapa kita mahu menerima serta bersama mereka? Tiada soal bertolak ansur untuk membenarkan hubungan dan perlakuan LGBT yang secara terang-terangan merosakkan diri, agama dan masyarakat.

“Kita perlu menentangnya…tetapi secara bijaksana. Jika kita ada kuasa untuk mencegah (menteri, kerajaan) ia lagi mudah dilakukan melalui penguatkuasaan undang-undang…bukan berusaha memahami mereka pula,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bersama aktivis transgender beberapa hari lepas.

Abdul Rahman berkata pertemuan dan perbincangan itu tidak harus dilakukan kerana ia akan menggalakkan golongan LGBT untuk mendapatkan pengiktirafan di negara ini.

“Perbincangan hanya boleh dilakukan jika golongan tersebut mahu pulang ke pangkal jalan…bukan bincang apa (hak) yang mereka mahu tuntut sedangkan mereka langsung tidak berhak menuntut apa-apa.

“Perbuatan mereka juga akan memesongkan akidah seluruh masyarakat Islam kerana mahu perbuatan mereka diterima, malah diberi ruang untuk menjalani kehidupan ‘sama’ sedangkan jelas mereka menentang Allah SWT,” katanya. – BERNAMA

Tags: LGBT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ronaldo Ceriakan Penyokong Juve

Next Post

Pensyarah Didakwa Cabul Penuntut

Related Posts

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

LGBT Takut Polis, Enggan Lapor Jenayah Keganasan – Aktivis

22/01/2024
0

Golongan LGBT yang menjadi mangsa keganasan atau diskriminasi lebih suka menderita dalam diam kerana melaporkan kepada pihak berkuasa adalah sesuatu...

Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT

Orang Ramai Kurang Selesa Lihat 7 Lelaki Berhimpun Pegang Sepanduk LGBT

30/07/2023
0

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila kira-kira tujuh individu dilihat mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender...

Next Post

Pensyarah Didakwa Cabul Penuntut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd