• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Denggi Di Port Dickson Minggu Ini

oleh
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tiada kes denggi dilaporkan di daerah Port Dickson pada minggu ini (12-16 Ogos), kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan.

Katanya kes terakhir dilaporkan di daerah itu adalah pada 1 Ogos 2018 iaitu di Kampung Pacitan, mukim Jimah.

“Kumulatif kes denggi yang didaftarkan di daerah Pot Dickson sehingga minggu ke-33 (sehingga 16 Ogos) adalah sebanyak 47 kes, berbanding 89 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. Terdapat penurunan kes sebanyak 47.2 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun 2017,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya taburan kumulatif kes denggi di daerah Port Dickson pada tahun 2018 adalah 20 kes di mukim Sirusa, mukim Port Dickson (15 kes), mukim Jimah (11 kes) dan mukin Pasir Panjang (satu kes).

Katanya tiada kes kematian denggi dilaporkan di daerah Port Dickson sehingga hari ini, berbanding satu kes kematian pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Tiada lokaliti wabak yang aktif di laporkan di daerah Port Dickson pada hari ini. Oleh kerana bilangan kes kumulatif yang tinggi, maka aktiviti pencegahan dan kawalan telah dipergiatkan lagi pada masa ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai Dan Seremban Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

Kes Denggi Dijangka Melonjak Naik Hujung Tahun Ini – KKM

03/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini, berdasarkan trend kes sejak 10 tahun lalu, menurut...

Kes Denggi Di Perlis Terus Meningkat

Kes Denggi Di Perlis Terus Meningkat

20/07/2023
0

KANGAR: Kes demam denggi di Perlis terus menunjukkan peningkatan dengan 33 kes dilaporkan pada minggu lalu bermula dari tempoh 9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd