• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikan DreamWorks Di MAPS Tidak Diteruskan

oleh
09/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perak Corporation Bhd (PCB) hari ini mengumumkan anak syarikat 51 peratus miliknya tidak langsung, Animation Theme Park Sdn Bhd, (ATP) secara rasmi menamatkan perjanjian lesen yang dimeterai dengan DreamWorks Animation L.L.C. untuk penubuhan dan pengoperasian tarikan DreamWorks di Movie Animation Park Studios (MAPS) berkuat kuasa 1 Ogos 2018.

Alasan untuk tidak meneruskannya disebabkan ATP dan DreamWorks tidak mencapai persetujuan untuk membuka tarikan DreamWorks kepada orang ramai pada 1 Ogos 2018, menurut PCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

ATP mempunyai pilihan untuk melanjutkan perjanjian lesen itu kepada 30 September 2018 tetapi memutuskan untuk tidak melaksanakan pilihan tersebut bagi mempercepatkan pembukaan MAPS dengan segera.

MAPS dibuka pada 26 Jun 2017 tanpa tarikan DreamWorks.

PCB berkata, ATP akan bekerjasama rapat dan dijangka menandatangani perjanjian penamatan bersama dengan DreamWorks untuk memastikan semua obligasi yang belum selesai dilaksanakan sepenuhnya agar kedua-dua pihak dapat membatalkan perjanjian itu dengan baik.

Ini termasuk mengeluarkan semua harta intelek DreamWorks daripada MAPS sebelum zon yang dikhususkan untuk tarikan DreamWorks dibuka kepada orang ramai, katanya, sambil menjelaskan zon tarikan DreamWorks kini melalui proses pengubahsuaian untuk mengeluarkan semua harta intelek DreamWorks.

Selepas proses itu selesai, ATP berhasrat untuk membuka zon tersebut dengan atau tanpa mana-mana harta intelek pihak ketiga.

Berdasarkan penyata kewangan ATP yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, hak harta intelek berkaitan yang diperoleh di bawah perjanjian lesen diklasifikasikan sebagai aset tidak ketara dengan nilai bawaan RM17.46 juta.

Jumlah ini, bersama dengan inventori yang berkaitan dan anggaran pembangunan tarikan DreamWorks dalam kos kemajuan RM15.74 juta, akan dihapus kira pada tahun kewangan semasa.

PCB berkata, lembaga pengarahnya berpendapat keputusan itu dibuat demi kepentingan ATP, untuk memastikan keupayaannya terus beroperasi dan menjana keuntungan.

Pembukaan MAPS sepenuhnya dalam masa terdekat dijangka meningkatkan jumlah pengunjung, nilai hiburan dan pengunjung berulang ke MAPS yang akan membawa kepada hasil lebih tinggi bagi MAPS, katanya. – BERNAMA

Tags: MAPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tutup MAPS: Pelaburan RM500 Juta Hangus – Najib

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS)...

Taman Tema MAPS Ditutup Mulai Hari Ini

28/01/2020
0

IPOH - Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai hari ini sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd