• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taktik Ahli Perniagaan Jual Dadah Terbongkar

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Taktik licik seorang ahi perniagaan menjual dadah jenis syabu di daerah ini di sebalik beberapa perniagaan dimilikinya akhirnya terbongkar.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Mohd Sabri Zainol berkata suspek berumur 20-an itu memiliki kolam ikan dan kedai runcit serta sebuah bengkel kereta dipercayai aktif menjalankan kegiatan menjual dadah sejak setahun lalu, selain untuk kegunaan sendiri.

“Pada Rabu (8 Ogos) kira-kira 10.45 malam, bertindak hasil maklumat awam dan risikan sepasukan anggota dan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Bau telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Segong. Hasil serbuan itu polis menjumpai ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 50.81 gram, bernilai kira-kira RM10,000.

“Polis turut menahan dua suspek, seorang wanita berumur 20-an dipercayai teman wanita suspek serta ibu suspek yang berumur 40-an. Suspek, bagaimanapun tiada di rumah ketika serbuan dijalankan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau, di sini hari ini.

Mohd Sabri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil ujian air kencing terhadap teman wanita suspek didapati positif dadah manakala ibunya negatif. Kedua-dua mereka direman tujuh hari bermula semalam (9 Ogos).

“Polis turut merampas dua kereta, rantai emas, satu rantai silver, tiga utas jam tangan, sebentuk cincin serta wang tunai RM1,000, semuanya dianggarkan bernilai RM108,050,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Ahli PerniagaanEdar Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd