• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Tahu Arahan Henti Langganan Akhbar Utusan

oleh
05/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak mengetahui berhubung arahan menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia bagi institusi di bawah kementeriannya namun tidak menolak kemungkinan itu langkah berjimat cermat.

Katanya, beliau akan membuat semakan terlebih dahulu dengan penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan berhubung perkara itu.

“Saya tak pasti perkara itu, saya kena tanya dia (Wan Saiful) sebab sekarang ini kita dalam langkah berjimat cermat, banyak sangat surat khabar (dilanggani). Sekarang banyak (berita) online jadi boleh tengok online,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dilaporkan sebuah memo dikeluarkan melalui Wan Saiful mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan untuk berhenti melanggan akhbar tersebut.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

Sementara itu, Maszlee berkata pihaknya mempunyai laporan dan bukti lengkap yang menunjukkan sesetengah pegawai tinggi di universiti awam (UA) bermain politik dan bukannya mendukung usaha meningkatkan kualiti institusi pendidikan.

“Memang banyak laporan berkaitan sesetengah pegawai yang begitu aktif dan berkempen bagi Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya umum lepas malah mengenakan tindakan terhadap anggota akademik yang tidak menyokong BN pada masa lalu,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan mengenai penamatan perkhidmatan lima pengerusi universiti awam hari ini.

Maszlee menegaskan akan ada lagi pertukaran dan pemendekan tempoh lantikan pegawai pada masa akan datang yang katanya bukan bersifat penyingkiran tetapi sebagai usaha membawa agenda islah (reform) dalam institusi pengajian tinggi. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikUtusan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd