• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan Sosma Di Penjara Sg. Buloh Tamatkan Mogok Lapar

oleh Ahmad Albab
26/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Seramai 118 tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) di Penjara Sungai Buloh bersetuju menghentikan mogok lapar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata persetujuan itu diperoleh selepas beliau mengadakan pertemuan dengan wakil tahanan lebih dua jam.

“Mereka (tahanan) bersetuju untuk tamatkan mogok lapar dan mula minum serta makan. Tahap kesihatan mereka juga berada di tahap terbaik,” katanya kepada pemberita di Penjara Sungai Buloh di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bertemu ahli keluarga tahanan yang berkumpul di hadapan penjara sejak pukul 11 pagi selepas tahanan Sosma memulakan mogok lapar sejak malam semalam bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta itu.

Mohamed Hanipa turut meminta ahli keluarga tahanan Sosma yang berkumpul di hadapan penjara untuk bersurai.

“Tiada apa yang perlu mereka risaukan kerana tahanan telah berhenti mogok lapar, pihak penjara akan menjaga mereka dengan baik ,” katanya.

Semalam, Peguam Negara, Tommy Thomas dilaporkan berkata Sosma akan dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). – BERNAMA

Tags: MogokTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Tidak Akan Tarik Balik Saman, Kita Jumpa Di Mahkamah”

Next Post

3 Anggota Pasukan Khas ATM Bakal Berhadapan Tindakan Tegas?

Related Posts

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

Kes Sanusi Dipindah Ke Mahkamah Tinggi, Tarikh Bicara Baharu Akan Diberi Kemudian

100 Lagi Anggota Ditambah Bantu Gerakan Buru Tahanan Lolos Depoh Imigresen

02/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Gerakan besar-besaran dilancarkan bagi memburu dan menahan semula 130 tahanan yang lari dari Depoh Imigresen Bidor, malam tadi....

Next Post

3 Anggota Pasukan Khas ATM Bakal Berhadapan Tindakan Tegas?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd