• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Wajibkan Taska Pasang CCTV Dalam Perbincangan

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mekanisme pengurusan bagi cadangan pelaksanaan syarat mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) masih di peringkat perbincangan dengan pihak berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan beberapa pihak supaya langkah itu menjadi syarat membuka taska bagi memantau keselamatan kanak-kanak.

“Untuk menyelesaikan masalah ini, kita bincang dengan agensi-agensi berkenaan seperti siapa yang akan pantau, siapa yang akan pasang dan bagaimana ia hendak diletakkan bagi memantau secara lebih menyeluruh taska-taska ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang menyentuh soal ‘memutihkan’ pusat asuhan kanak-kanak tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain mencadangkan jabatan khusus bagi menyelaras semua aspek berkaitan pusat asuhan kanak-kanak.

Dr Wan Azizah berkata cadangan itu akan diteliti dengan lebih mendalam.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata buat masa ini JKM membuat pemeriksaan berkala terhadap taska bagi memastikan ia mengikut kualiti dan peraturan ditetapkan.

“Jika kita dapati ia tidak mengikut peraturan kita akan beri arahan bertulis untuk tutup sementara, sita atau kompaun taska-taska ini,” katanya.

Menjawab soalan asal Noraini mengenai pengasuh berdaftar yang tidak memenuhi kelayakan minimum Kursus Asuhan dan Didikan Awal Permata (KAP), Wan Azizah berkata faktor tukar ganti yang amat tinggi dalam kalangan pengasuh menyebabkan jumlah pengasuh lulus KAP ini masih rendah.

Katanya, ini disebabkan kebanyakan mereka menerima tawaran bekerja sebagai pengasuh sementara menunggu kerja lain mengikut kelayakan mereka.

“Pada 2013, terdapat 5,720 yang telah lulus KAP namun hanya 2,171 yang masih kekal dalam industri sehingga kini,” katanya.

Jelas Dr Wan Azizah, bagi menggalakkan lebih ramai pengasuh menghadiri KAP, kementerian mengambil langkah proaktif termasuk melaksanakan kursus secara dalam talian dengan kerjasama JKM dan UPSI Holdings Sdn Bhd.

Ia menyediakan masa latihan fleksibel dan yuran lebih murah iaitu RM500 berbanding RM900 sedia ada. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismailtaska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan kasih sayang yang mendalam buat isterinya,...

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd