• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Tiada Atlet Malaysia Positif Doping Setakat Ini

oleh
14/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada dalam kalangan atlet Malaysia diuji positif dalam ujian doping Pra Sukan Asia yang dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), setakat ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata berikutan ujian tersebut akan berakhir hujung minggu ini, sehingga kini “tiada penemuan mencurigakan” dilaporkan oleh makmal di New Delhi, India, di mana sampel doping itu diuji.

Beliau berkata ujian doping di luar pertandingan itu dilakukan mengikut tarikh atlet terbabit berlepas ke Indonesia.

“Kita ingin menguji kesemua atlet, namun kekangan dengan makmal ujian itu yang tidak dapat menampung jumlah atlet yang ramai dalam masa ditetapkan.

“Ini menyebabkan kita terpaksa menguji kebanyakan atlet daripada sukan yang mempunyai sejarah dengan pelanggaran peraturan anti doping sejak beberapa tahun kebelakangan ini, membabitkan bahan terlarang utama seperti steroid anabolik.

“Pendekatan sedemikian sejajar dengan prinsip ‘Smart Testing’ menekankan ujian terhadap atlet daripada sukan mempunyai latar belakang sejarah, yang bermaksud berisiko tinggi diuji positif dalam kalangan mereka,” katanya kepada Bernama.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) itu juga menghargai kerjasama rapat daripada Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohamad Zabidi dalam usaha mencapai sifar doping membabitkan kontinjen negara.

“Selalunya terdapat risiko penemuan yang mencurigakan apabila ujian dilakukan di luar pertandingan, tetapi langkah pengurusan kontinjen ingin menemui sebarang salah laku dalam kumpulan itu harus dipuji demi ketelusan dan integriti,” katanya.

Dasar sifar doping itu adalah untuk membendung penipuan dalam kalangan atlet bersaing pada temasya sukan serantau berkenaan, selepas Malaysia dimalukan dalam beberapa temasya sukan yang lepas.

Pada April lepas, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast, Mohamad Fazrul Azrie Mohdad didapati positif Stanozolol semasa ujian pra temasya sukan berkenaan, manakala penerju negara Wendy Ng Yan Yee dilucutkan pingat emas Sukan SEA 2017 selepas disahkan menggunakan sibutramine.

Pada Sukan Asia 2014, pingat emas acara wushu yang dimenangi Tai Cheau Xuen ditarik balik selepas atlet terbabit diuji positif menggunakan sibutramine.

Sejumlah 426 atlet negara akan bersaing pada Sukan Asia 2018 yang dijadual dari 18 Ogos hingga 2 Sept di Jakarta dan Palembang. – BERNAMA

Tags: DopingSukan Asia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelantikan Tan Kok Wai Berdasarkan Kelayakan

Next Post

Saya Tak Campur Tangan Hal Dalaman Parti Politik Lain

Related Posts

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

09/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 400 sampel akan diambil Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) sebelum temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024...

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Next Post

Saya Tak Campur Tangan Hal Dalaman Parti Politik Lain

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd