• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Regu Malaysia Menang Mudah Ke Atas Nepal

oleh
25/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Regu kebangsaan mudah mengatasi regu Nepal 2-0 pada aksi pembukaan acara antara regu dalam temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Dewan Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, regu Malaysia yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak selaku tekong, Muhammad Haffizi Abd Razak (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) menang mudah pada set pertama dengan kiraan mata 21-1.

Percaturan Ketua Jurulatih Abdul Talib Ahmad yang memasukkan tekong utama, Mohammad Syahir Mohd Rosdi pada set kedua menambahkan lagi cengkaman kepada aksi skuad negara untuk mencatat kemenangan mudah 21-2 sekali gus memberikan kemenangan pertama skuad negara.

“Perlawanan hari ini memang sudah dijangkakan, kerana kita semua tahu Nepal masih baru dalam sukan sepak takraw ini dan ini bukanlah cabaran sebenar skuad negara lagi.

Pada set kedua, saya memasukkan Mohammad Syahir kerana ingin beliau beraksi bersama Muhammad Haffizi kerana sebelum ini pada acara regu berpasukan mereka tidak berada dalam regu yang sama, jadi ia lebih kepada mencari keserasian,” kata Abdul Talib kepada Bernama selepas tamat perlawanan.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China, India dan Nepal.

Manakala pasukan tuan rumah, Indonesia berada dalam Kumpulan A bersama Singapura, Filipina dan Pakistan.

Acara itu menjadi sasaran kontinjen Malaysia untuk menuai emas seterusnya bagi mencapai sasaran kutipan tujuh pingat emas seperti yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Sepak Takraw
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayaran Kontra Kembalikan Semula Lebihan Bayaran Cukai Pendapatan

Next Post

Kerjasama Matang Tunjuk Amalan Demokrasi Sihat

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

Next Post

Kerjasama Matang Tunjuk Amalan Demokrasi Sihat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd