• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Permulaan Positif Kem Memanah Negara Di Jakarta

oleh
21/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Skuad memanah kebangsaan yang memulakan saingan hari pertama di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di sini hari ini mempamerkan prestasi positif dalam usaha mengharumkan nama negara pada temasya itu.

Pada aksi yang berlangsung di Lapangan Memanah Gelora Bung Karno di sini, trio lelaki dan wanita negara masing-masing berjaya melepasi pusingan penentuan ranking acara recurve berpasukan untuk melangkah ke pusingan pertama Sabtu ini.

Trio lelaki negara yang dibarisi Khairul Anuar Muhammad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin menamatkan saingan di kedudukan kelima terbaik selepas mengumpul 1,967 mata keseluruhan di belakang China, Taiwan, Kazakhstan dan Korea Selatan.

Lawan negara di pusingan pertama masih belum ditentukan.

Sementara itu, trio wanita yang terdiri daripada Nur Aliya Ghapar, Nuramalia Haneesha Mazlan dan Loke Shin Hui yang memulakan aksi di sebelah pagi mengutip 1,871 mata untuk berdepan Kazakhstan.

Bagi Khairul Anuar yang merupakan pemenang pingat perak edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan, beliau mengakui tidak beraksi pada tahap terbaiknya hari ini susulan faktor cuaca yang mengakibatkan beliau terlalu berjaga-jaga dalam membuat panahan.

“Secara keseluruhan saya kurang berpuas hati kerana saya tahu saya boleh buat lebih baik daripada ini. Faktor angin menyebabkan saya terlalu berhati-hati ketika membuat panahan dan sudah semestinya saya akan cuba atasi persembahan hari ini pada Sabtu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, pengurus pasukan Datuk Johari Saleh berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemanah wanita negara yang turut menyaksikan Nuramalia Haneesha berjaya memperbaharui rekod peribadinya dengan catatan mata 624.

“Kita bermula dengan agak goyah pada panahan pertama tetapi berjaya bangkit pada panahan kedua dan saya rasa Malaysia mempunyai peluang untuk melangkah lebih jauh selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, rekod Sukan Asia berjaya diperbaharui oleh trio lelaki dan wanita Korea Selatan selepas masing-masing meraih 2,037 dan 2,038 mata. – BERNAMA

Tags: memanahSukan Asia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Remaja 16 Tahun Mati Lemas Menjelang Aidiladha

Next Post

Skuad Boling Negara Bersemangat Tinggi Untuk Raih Pingat

Related Posts

Laluan Jadi Pemanah Tradisional Ke-2 Terbaik Dunia

27/12/2018
0

PETALING JAYA - Siapa sangka, bermula dengan baucar latihan percuma bernilai RM100, pemanah tradisional remaja Lee Jin Ming kini bergelar...

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Next Post

Skuad Boling Negara Bersemangat Tinggi Untuk Raih Pingat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd