• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Malaysia Tewas Tipis 0-1 Kepada Jepun

oleh
24/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKASI – Perjuangan skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara dalam kempen Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang berakhir selepas tewas tipis 0-1 kepada Jepun yang mendapat sepakan penalti pada minit ke-88 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Chandra di sini, malam ini.

Ayase Ueda menyempurnakan sepakan penalti itu yang dihadiahkan kepada pasukan Jepun selepas pemain pertahanan negara Dominic Tan menjatuhkannya yang hanya berhadapan dengan penjaga gawang Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli sekali gus meranapkan impian Malaysia melakar sejarah mara ke peringkat suku akhir.

Sebagai bukan pasukan pilihan, skuad kendalian Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee itu harus diberikan pujian apabila cemerlang mempertahankan gawang daripada dibolosi selain berjaya mencipta beberapa peluang gol terbaik di tengah-tengah serangan bertali arus yang dilancarkan skuad “Samurai Biru’ dalam aksi kalah mati 16 pasukan terbaik pada malam ini.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasukan negara apabila dua percubaan penyerang, Muhammad Safawi Rasid menerusi sepakan percumanya pada minit ke-81 dan rembatan kaki kanannya pada minit ke-83 hanya menggegarkan palang dan tiang gol lawan.

Terdahulu, Malaysia berpeluang mendahului seawal minit ke-14 selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid gagal menyambar bola yang gagal ditampan kemas penjaga gol, Ryosuke Kojima selepas kapten, Baddrol Bakhtiar melakukan percubaan pertama Malaysia ke arah pintu gol Jepun. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd