• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Bot Naga Tidak Menyerlah

oleh
25/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Pasukan bot naga kebangsaan, yang menyertai acara 200m berpasukan wanita hari ini tidak menyerlah apabila hanya menduduki tempat terakhir dalam Final B, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, hari ini.

Pasukan negara yang diwakili oleh pasukan kelab dari Lembah Klang iaitu KL Barbarians itu mencatat masa satu minit 2.748 saat, jauh ketinggalan dengan pemenang pingat emas, China yang mencatat 56.161 saat.

Pingat perak dimenangi pasukan tuan rumah, Indonesia dengan 56.817 saat dan pingat gangsa diraih pasukan Campuran Korea (Korea Selatan dan Korea Utara) yang merakam masa 56.851 saat.

Ketua pasukan, Lesley Lim Ai Li yang ditemui selepas berakhir aksi pasukan Malaysia hari ini berkata mereka mendapat pendedahan yang berguna pada aksi sulung dalam temasya kedua terbesar dunia ini.

“Kami datang ke sini (Sukan Asia) atas inisiatif sendiri dan mengeluarkan duit poket masing-masing dan saya rasa ia berbaloi apabila dapat beraksi bersama pasukan terbaik dunia.

“Kami sangat meminati sukan ini…saya berharap dengan penyertaan kami pada kali ini ia dapat meletakkan satu tanda aras buat seluruh rakyat Malaysia untuk menggemari sukan ini dan dapat menaikkan lagi nama sukan kanu atau bot naga ini,” katanya kepada Bernama.

Kru bot naga negara yang rata-ratanya mempunyai kerjaya sendiri berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melihat sukan berkenaan membuat penampilan di Sukan Asia pada kali ini.

“Saya sangat bersyukur dengan peluang ini dan berharap Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan terus menghantar pasukan bot naga pada Sukan Asia yang akan datang,” katanya yang merupakan seorang peguam.

Bot naga merupakan sukan yang memerlukan disiplin yang tinggi dan melibatkan 12 orang yang berada di dalam bot iaitu seorang sebagai pemukul gendang, 10 orang pendayung dan seorang lagi di belakang sebagai pengemudi.

Pasukan bot naga wanita negara mempunyai satu lagi aksi iaitu dalam acara 500m pada esok untuk setidaknya memperbaiki kedudukan yang lebih baik pada penyertaan sulung ini.

Sementara itu, bagi kategori lelaki dalam acara yang sama pula, pasukan kebangsaan menduduki tangga kesembilan daripada 11 negara yang bertanding.

Malaysia mencatat masa 54.955 saat, ketinggalan kepada pemenang pingat emas, China yang mencatat 50.832 saat.

Pingat perak menjadi milik Taiwan dengan catatan masa 51.358 saat dan gangsa diraih Thailand dengan masa 52.622 saat. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Orang Asli, Pemburu Haram Bersekongkol Di Perak

Next Post

Rakyat Perlu Terus Komited Jaga Keharmonian

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

Next Post

Rakyat Perlu Terus Komited Jaga Keharmonian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd