• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Terbukti PH Dapat Bantuan Asing

oleh Haris
09/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN Harapan (PH) terus mengelak daripada menjawab isu bantuan dan dana asing yang didedahkan melalui satu rakaman video baru-baru ini.

Video yang tular itu memaparkan presiden International Republican Institute (IRI) Daniel Twining memberitahu bahawa pihaknya bekerjasama dengan pembangkang Malaysia (yang sudah menjadi kerajaan) sejak 2002.

Apa yang disebut ialah jelas dan tidak boleh dinafi dan dipusing-pusingkan lagi seperti yang biasa diamalkan pihak PH.

Mereka cuba mengelak dengan mengatakan IRI hanya memberikan latihan, pihak parti lain turut terlibat dan malah ada yang menafikan kerjasama dalam bentuk politik wujud.

Bagaimanapun, pendedahan video itu bukan yang pertama, dan perincian pemberian dana dari IRI dan sebuah lagi pertubuhan, National Democratic Institute (NDI) sudah lama didedahkan oleh banyak pihak.

Pendedahan seperti dana kepada Bersih, media propembangkang dan aktiviti liberal di Malaysia sudah dibuat lama sebelum ini, dan tidak dijawab oleh pihak pembangkang yang kini semuanya bersama PH.

Pendedahan selama ini dibuat dengan rujukan maklumat daripada laman IRI dan NDI sendiri, dan bukan maklumat direka.

Rakaman yang tersebar itu mengejutkan dan dirujuk banyak pihak kerana ia adalah pengakuan dari pihak IRI sendiri, yang merupakan salah satu saluran dana National Endowment for Democracy (NED), yang terletak di bawah Kongres Amerika Syarikat.

NED disifatkan sebagai CIA dalam bentuk yang terbuka, ditubuhkan untuk membolehkan kegiatan pro-Amerika dijalankan dengan tanpa sembunyi.

Kempen PH yang menjadikan 1MDB sebagai fokus dan pelaburan China sebagai momokan menunjukkan ada kerjasama dengan pihak AS.

Hubungan mereka dengan AS juga sudah diketahui lama sebelum ini, dan di kalangan mereka juga ramai yang sudah menerima pelbagai anugerah dari pihak AS.

Terdapat juga rekod menunjukkan ramai pemimpin mereka sudah lama bekerjasama dengan IRI dan NDI, malah sudah bertemu dengan presiden IRI sendiri.

Maka sekarang sudah terjawablah kenapa kempen PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu membawa tema ancaman China.

Presiden IRI itu sendiri mengakui beberapa tindakan pertama kerajaan PH seperti menyekat projek China menyebelahi kepentingan AS.

Keterbukaan terhadap LGBT juga menunjukkan pendirian selari PH dengan kempen hak asasi manusia tajaan AS.

PH tidak boleh berdalih lagi. Sudah terbukti mereka bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional sejak 15 tahun lalu. – Mynewshub.tv

Tags: Amerika SyarikatDana AsingLGBT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mansuhkan Kuasa Menteri Untuk Beri Pengecualian Cukai

Next Post

Pengambilalihan Splash Dilaksana Selepas Kajian Terperinci

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post

Pengambilalihan Splash Dilaksana Selepas Kajian Terperinci

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd