• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Dipenjara 14 Bulan Tipu Pekerja Kontrak

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suami isteri masing-masing dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu seorang pekerja kontrak warga Indonesia bagi mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap Malaysia, dua tahun lalu.

Majistret Umzarul An-Nur Umar menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu bas, Samsul Bahri, 48, dan suri rumah, Irna Jamaris, 45, seorang warga Indonesia selepas kedua-dua tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh tangkap pada 27 Januari lalu.

Umzarul An-Nur turut memerintahkan Samsul dihukum dengan satu sebatan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan curang menipu dan memperdaya Fahruz Nanang, 35, dengan cara menawarkan kad pengenalan penduduk tetap Malaysia yang tidak wujud.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan wang RM40,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di No 42, Lorong Raja Bot, Jalan Raja Laut, di sini, antara Mac dan Mei 2016.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Akmal Anuar mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah memberikan hukuman ringan kepada mereka atas alasan mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah.

Akmal bagaimanapun memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada kedua-dua tertuduh. – BH Online

Tags: dipenjarapasangan suami isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd