• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stok Minyak Sawit Naik 1.26% Pada Julai

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.26 peratus kepada 2.214 juta tan pada Julai 2018 berbanding 2.187 juta pada bulan sebelumnya.

Selain itu, stok minyak sawit mentah (MSM) juga menokok sedikit sebanyak 0.80 peratus kepada 1.224 juta tan pada Julai berbanding 1.215 juta tan pada Jun.

Stok minyak sawit proses turut berkembang 1.84 peratus kepada 989,642 tan daripada 971,796 tan sebelum ini, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam laporan Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia bagi Julai 2018 yang diumumkan hari ini.

Menurutnya, pengeluaran MSM meningkat 12.79 peratus kepada 1.503 juta tan pada Julai daripada 1.332 juta tan pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran isirung sawit juga menokok 14.41 peratus kepada 361,220 tan pada bulan itu berbanding 315,731 tan yang dicatatkan pada Jun.

MPOB berkata eksport minyak sawit menambah 6.75 peratus kepada 1.205 juta tan pada Julai berbanding 1.129 juta tan pada Jun manakala eksport oleokimia sawit bertambah 14.38 peratus kepada 264,706 tan daripada 231,430 tan sebelumnya.

Selain itu, bagi tempoh sama, eksport minyak isirung sawit meningkat sebanyak 1.80 peratus kepada 74,696 tan daripada 73,378 tan pada Jun.

Bagaimanapun, eksport hampas isirung sawit susut 25.35 peratus iaitu 150,521 tan daripada 201,625 tan sebelum ini.

Eksport biodiesel sebaliknya melonjak 58.51 peratus kepada 66,197 tan pada Julai daripada 41,762 tan pada bulan sebelumnya. – BERNAMA

Tags: minyak sawitMPOB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd