• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Reman Petugas Syarikat Penerbangan

oleh Cj Mnh
10/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Seorang pekerja syarikat penerbangan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) direman empat hari mulai hari ini sehingga Isnin kerana disyaki bersubahat menerima rasuah sebanyak RM1,300.

Majistret Atikah Abu Hassan mengeluarkan perintah reman itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM, permohonan reman berkenan bertujuan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pekerja lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di klia2 pada 6 petang Khamis susulan penahanan seorang polis bantuan yang disyaki bersubahat dengannya untuk menerima suapan RM1,300 daripada seorang warga asing sebagai balasan untuk melepaskan barangan yang melebihi berat menaiki penerbangan dari Malaysia ke Bandung, Indonesia.

Semalam seorang polis bantuan yang bertugas klia2 direman empat hari sehingga Ahad di mahkamah majistret yang sama kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM1,300. – BERNAMA

Tags: SPRMsyarikat penerbangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Stok Minyak Sawit Naik 1.26% Pada Julai

Next Post

Editor Sarawak Report Hadir Di mahkamah

Related Posts

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

Next Post

Editor Sarawak Report Hadir Di mahkamah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd