• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR, SPRM Diminta Siasat Dakwaan Politik Wang

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan berlaku amalan politik wang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, berkata jika benar dakwaan itu, ia bertentangan perjuangan dilaungkan PKR untuk menghapuskan amalan rasuah.

“Saya dimaklumkan mereka (PKR) sudah menggerakkan ejen untuk mendekati pengundi di Sungai Kandis. Saya berharap pihak berkuasa dapat membuat pemantauan.

“Kita pun sudah menggerakkan jentera BN dan UMNO untuk memantau perkara ini. Amalan politik wang ini sepatut tidak berlaku,” katanya pada sidang media di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Lokman berkata, calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang dikenali sebagai pemimpin memiliki latar belakang agama, juga harus tidak membenarkan amalan negatif itu berlaku.

“Apapun, saya berharap pengundi Sungai Kandis menolak jika ada ejen PKR datang merasuah untuk mengundi calon mereka,” katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Lokman, Mohd Zawawi dan calon Bebas, K Murthy.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei, 50, meninggal dunia akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Allahyarham menewaskan tiga calon lain di DUN itu dengan majoriti 12,480 undi. – BH Online

Tags: Isu RasuahPRK Sungai Kandis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Akaun Twitter Warga Palestin Diminta Tampil

13/11/2021
0

Polis sedang mengesan pemilik akaun Twitter ‘NURATIKAHROSE’ dan seorang lelaki warga Palestin bagi membantu siasatan berhubung rakaman suara yang tular...

Jemput Orang Ramai Ganding Bahu Perangi Rasuah

30/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak setiap orang agar berganding bahu membantu kerajaan memerangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd