• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Boling Negara Bersemangat Tinggi Untuk Raih Pingat

oleh
21/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Skuad boling lelaki negara yakin dapat menduduki podium dalam acara berpasukan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 walaupun pihak penganjur menukar acara itu daripada pasukan lima pemain kepada enam pemain.

Ketua pasukan, Alex Liew berkata semangat anggota pasukan adalah tinggi selepazs menjalani latihan intensif selama dua minggu di Coral Crown Bowl, Kuala Terengganu untuk meraih pingat di Jakabaring Bowling Center di sini.

Tujuan menjalani latihan di pantai timur adalah untuk membantu pemain menyesuaikan diri dengan keadaan “oiling” (minyak) AMF yang digunakan di venue di Jakabaring berbanding Brunswick yang lebih kerap digunakan.

“Pasukan enam pemain adalah sasaran utama kita bagi skuad lelaki kerana penganjur telah mengurangkan separuh daripada acara kali ini. Kita menyasarkan untuk itu, tida kira mana-mana pingat yang dimenangi,” kata Alex yang akan membuat penampilan kali keenam pada Sukan Asia.

“Tidak banyak berbeza oiling yang digunakan semasa kita menjalani latihan di Terengganu dan di sini, hanya sedikigt perubahan. Kami menjangka menghadapi saingan sengit daripada pasukan seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Thailand, tetapi kami berharap dapat mengatasi mereka,” kata beliau kepada Bernama ketika ditemui semasa sesi latihan.

Alex, 42, yang mempunyai rekod meraih dua pingat emas dan dua perak berkata hanya penyesuaian kecil perlu dilakukan untuk melengkapkan peralatan bola kerana beraksi di lorong adalah hampir sama apabila pasukan tersebut melawat venue itu bulan lepas.

“Kebanyakan kami membawa dua bola tambahan untuik mencuba, jadi hari ini kami perlu mengeluarkan bola tambahan itu,” katanya.

Alex yang telah menyaksikan banyak perubahan dalam pertandingan Sukan Asia sejak penampilan kali pertama dalam edisi Bangkok 1998, mengakui beliau perlu terus mempelajari perkara bahatru ketika persaingan semakin sengit.

Selain Alex, skuad lelaki terdiri daripada Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol, Timmy Tan, Adrian Ang dan Syafiq Ridhwan Abdul Malek.

Untuk rekod, Malaysia hanya merangkul emas dalam acara berpasukan semasa Sukan Asia 1978 di Bangkok, sementara pada dua edisi terakhir di Incheon (2014) dan Guangzhou (2010), skuad itu pulang dengan meraih perak. – BERNAMA

Tags: bolingSukan Asia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sukan Asia: Permulaan Positif Kem Memanah Negara Di Jakarta

Next Post

Bomba Tangkap Lembu Terlepas Masuk Kilang

Related Posts

Atlet Boling Pertama Negara Muncul Juara Dunia

01/12/2018
0

TAHNIAH... Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail melakar sejarah apabila muncul juara acara perseorangan lelaki di Kejohanan Boling Lelaki Dunia...

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Next Post

Bomba Tangkap Lembu Terlepas Masuk Kilang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd